Halaman

Sokerspot

Isnin, 11 Januari 2016

Nah!! Inilah Penyanyi Sebenar Lagu Dalam Filem Dilwale

Kalau anda ingin tahu siapa penyanyi lagu latar filem Dilwale yang tengah meletup-letup kat radio sekarang, inilah dia kami perkenalkan Arijit Singh dan Antara Mitra. Shahrukh Khan guna suara Arijit manakala Kajol guna suara Antara.

Walaupun pada mulanya, ramai yang meragui kemampuan dua penyanyi muda ini menyanyikan lagu latar filem Hindi seperti mana penyanyi legenda Udit Narayan dan Alka Yagnik yang terkenal dengan lagu Kuch Kuch Hota Hai, Aab Laut Chalen dan lain-lain, Arijit dan Antara berjaya menutup mulut pengkritik dengan membawakan lagu-lagu seperti Janam Janam dan Gerua dengan cemerlang!

Arijit Singh
Arijit yang terkenal dengan imej selekeh dan berjambang ini baru berusia 29 tahun tetapi sekarang sedang mencipta fenomena di India dengan pendapatan lebih US5 juta dollar setahun!

Antara Mitra
Manakala Antara pula adalah bekas pelajar perubatan yang meninggalkan pengajiannya di universiti untuk menyertai pertandingan realiti di India dan kini menjadi rebutan para produser filem Bollywood.

Jom layan lagu....


Sumber : mynewshub

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan