Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengemukakan dua kertas siasatan – berkaitan kes bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib – kepada Apandi Disember tahun lalu.
Bagaimanapun hari ini, Apandi berkata, wang dana yang diberikan oleh keluarga diraja Arab Saudi itu merupakan sumbangan peribadi kepada Najib.
Oleh yang demikian, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya itu serta pihak Peguam Negara akan mengendalikan kertas siasatan kepada SPRM dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup.
Sumber : malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan