Halaman

Sokerspot

Sabtu, 26 Mac 2016

Murid Tahun Dua dakwa dipaksa potong lidah sendiri

KLANG: Seorang murid lelaki Tahun Dua sebuah sekolah di sini, cedera di lidah selepas dikatakan dipaksa menggunting lidahnya sendiri oleh murid lain, petang kelmarin.

Seorang sumber memberitahu, mangsa pada mulanya enggan berbuat seperti yang diarahkan oleh sekumpulan murid Tahun Tiga sekolah itu.

Dia bagaimanapun akur selepas diugut akan ditumbuk sekiranya ingkar.

"Difahamkan, selepas mengalami kecederaan, murid terbabit dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan.

"Menurut ibunya, mangsa pernah beberapa kali mengadu dibuli oleh murid lain," kata sumber itu.

Sumber : bharian

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan