Halaman

Sokerspot

Khamis, 24 Mac 2016

Remaja rakam aksi dirogol bapa sendiri

Seorang remaja yang berusia 18 tahun terpaksa merakamkan sendiri aksi bapanya merogolnya dengan menggunakan telefon bimbit selepas ibu dan kakaknya tidak percaya bahawa lelaki berkenaan sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya.

Sarita Devi, yang berasal dari Uttar Pradesh, terpaksa berbuat demikian kerana tidak tahan lagi menjadi pemuas nafsu bapanya sejak empat tahun lalu.

“Saya tidak ada bukti jadi saya kumpul sendiri bukti kali ini untuk menentang bapa saya. Saya malu kerana mempunyai bapa sepertinya.

“Saya tidak mahu dia digantung tetapi saya mahu dia dipukul hingga mati oleh orang ramai dan dengan cara itu barulah dia tahu bagaimana rasanya hidup terseksa,’’ katanya.

Menurut Sarita pada hari kejadian, dia telah meletakkan telefon bimbit di tepi tingkap dan dihalakan ke dalam rumah.

Bapanya akan merogol Sarita apabila tiada orang di dalam rumah itu. Lelaki berusia 53 tahun itu bagaimanapun telah ditangkap.

Dalam pada itu, ibunya, berkata dia terkejut apabila melihat video berkenaan kerana tidak menyangka suaminya mempunyai kelakuan yang amat buruk.

“Saya menyesal kerana tidak percaya cakapnya tetapi kini Sarita mendapat sokongan penuh daripada saya,’’katanya.


Sumber : mynewshub

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan