Halaman

Sokerspot

Selasa, 15 Mac 2016

Tukar Clever Girl jadi bamboo girl : cemuh netizen

Rancangan realiti terbaru Clever Girl yang disiarkan di TV3 minggu lepas mula mencuri perhatian netizen di media sosial apabila peserta yang menyertai program itu dikatakan bertentangan dengan konsepnya.

Rancangan yang menampilkan 14 orang gadis jelitawan dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dikritik apabila salah seorang peserta rancangan realiti itu tidak tahu membezakan antara Mother Teresa dan Mahatma Gandi.

Gara-gara jawapan yang diberikan itu tidak tepat, peserta itu bukan sahaja dikritik umum, malah tersingkir di pusingan awal rancangan tersebut.

Antara reaksi netizen di laman sosial:

“Mother Teresa kau cakap Mahatma Gandhi? For real? Clever girl gais,” kata pengguna laman sosial, hai Afif.

“Jadahnya la clever girl ini tak boleh bezakan Mahatma Ghandi dengan Mother Teresa. Hahaha. Baik tukar bimbo girl je,” kata Izz Thaqif pula.

“Tengah tengok clever girl lepas itu ada satu peserta Johor kata gambar Mother Teresa itu Mahatma Gandi. I’m die,” kata Ann.N.

Rancangan Clever Girl itu baru saja memulakan siaran pertamanya di TV3 pada 13 Mac lalu dan akan bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9 malam.

Rancangan sulung disiarkan di TV3 itu turut mewakilkan setiap 14 orang peserta gadis jelitawan untuk 14 negeri di Malaysia.

Sumber : freemalaysiatoday

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan