Halaman

Sokerspot

Jumaat, 22 Januari 2016

Fuh! 15 jam sambung kemaluan dipotong isteri

KUALA LUMPUR: Pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil masa selama 15 jam untuk menyambung balik kemaluan lelaki warga Pakistan yang dipotong isterinya.

Pembedahan penyambungan semula alat sulit mangsa dilakukan bermula jam 2 petang semalam dan berakhir pada jam 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata setakat ini, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan pihak polis sudahpun merakam percakapan daripadanya tengah hari tadi.

“Setakat ini, penyambungan yang dilakukan berjaya, namun masih belum dapat mengesahkan sama ada kemaluan mangsa dapat berfungsi atau tidak.

“Untuk peringkat siasatan, pihak polis sedang melengkapkan laporan sebelum proses pendakwaan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, alat sulit warga Pakistan itu telah dipotong oleh isterinya kerana tidak tahan kerap diperlakukan dengan kasar ketika hubungan seks, awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku jam 1.30 pagi, di Batu Kikir, Jempol, ketika mangsa sedang tidur. Wanita itu dengan perlahan menanggalkan seluar suaminya, lalu memotong kemaluan menggunakan sebilah mata pisau cukur menyebabkan lelaki itu meraung kesakitan.

Wanita berusia 51 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 44 tahun pada Mei tahun lalu.

Sumber : bharian

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan