Halaman

Sokerspot

Jumaat, 22 Januari 2016

DS Najib, PM paling bertuah di dunia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana wang RM42 juta disalurkan lagi ke dalam akaun bank peribadinya selepas beliau mengakui menerima wang itu tetapi tidak mendedahkan sumbernya.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kurang yakin dengan penjelasan Najib yang berkata beliau menyedari mengenai wang itu tetapi tidak tahu dari mana sumbernya.

"Kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang paling bertuah di dunia ataupun seorang badut yang berfikir orang ramai akan mempercayai alasannya bahawa beliau tidak tahu sumber yang menyalurkan RM42 juta itu," kata Rafizi ketika dihubungi.
Beliau mempersoalkan sama ada Najib kini akan mendakwa bahawa dana RM42 juta itu juga adalah sumbangan derma.

"Maksud saya - apa yang pelik, ada orang dalam tempoh yang singkat menerima derma RM2.6 bilion dan kemudiannya menerima lagi derma yang tidak tahu dari mana sumbernya ke aakaunnya?" kata Rafizi.

Najib pada Ogos tahun lalu mengaku menerima RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya yang didakwanya sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah.

Ini selepas akhbar The Wall Street Journal sebulan sebelum itu mendedahkan mengenai deposit berkenaan.

Dalam laporan itu, WSJ mendakwa bahawa dua deposit sebanyak AS$620 juta dan AS$61 juta dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib pada Mac 2013 daripada sebuah syarikat pesisir luar, Tanore Finance Corp yang selepas itu telah ditutup.

Jumlah yang dianggarkan sekitar RM2.6 bilion itu adalah berdasarkan kepada kadar pertukaran apabila laporan berkenaan pertama kali diterbitkan pada Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, laporan itu juga mendedahkan terdapat deposit berasingan berjumlah RM42 juta yang berasal dari syarikat milik negara, SRC International, yang melalui firma perantara, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd pada bulan Disember 2014.

Sumber : malaysiakini

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan