Halaman

Sokerspot

Rabu, 20 Januari 2016

Tun M belum putus asa jatuhkan Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau belum berputus asa dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Katanya, walaupun usaha-usaha itu semakin suram sejak akhir-akhir ini, namun beliau tidak pernah berputus asa demi menyelamatkan negara ini.

“Saya tidak berputus ada kerana saya berpandangan ia (menjatuhkan Najib) merupakan isu penting negara,” katanya ketika menjawab pertanyaan adakah beliau telah mengaku kalah menentang Najib.

Beliau ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana selepas menerima kunjungan hormat Angkawasan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri menegaskan, pentadbiran Najib telah menyebabkan negara jauh ketinggalan di belakang berbanding negara jiran lain.

“Kita boleh melihat hari ini bagaimana pentadbiran Najib telah menyebabkan kita ketinggalan dari segi ekonomi, politik, sains dan teknologi,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Najib mengabaikan pembangunan negara kerana terlalu mengejar populariti dalam kalangan pengundi.

Beliau juga menegaskan pujiannya terhadap Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang dianggap sebagai mentornya, tidak ada kena mengena dengan Najib.

“Beliau (Tun Razak) adalah mentor saya. Beliau banyak membantu saya mencapai kejayaan. Tetapi ia tiada kena mengena dengan Najib,” katanya

Sumber : freemalaysiatoday

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan