Halaman

Sokerspot

Isnin, 11 Januari 2016

Kejam! Suami tikam bekas isteri dan anak

Pertengkaran antara wanita bersama bekas suaminya di rumah mereka di Ladang Permodalan 1, di sini, berakhir kematian apabila mangsa bersama anak lelakinya maut ditikam senjata tajam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi tadi, Basri Jamaludin, 24, mati serta-merta di tempat kejadian manakala ibunya, Azura Shima, 39, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden A Sahak Rahmat berkata, susulan kejadian itu, polis kini memburu lelaki berusia 40 tahun, yang juga bekas suami wanita berkenaan bagi membantu siasatan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kedua-dua mangsa yang maut adalah bekas isteri dan anak tiri kepada suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mengetahui lokasi atau melihat kelibat suspek diminta supaya segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Mayat kedua-dua mangsa sudah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.

Sumber : hmetro

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan