Halaman

Sokerspot

Isnin, 11 Januari 2016

Tulis lucah atas surat saman

Seorang penunggang motosikal berusia 33 tahun bertindak biadab menulis perkataan lucah ketika diarah menandatangani surat saman kesalahan jalan raya di Plaza Tol Puchong Selatan, di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi kelmarin, polis menahan suspek serta-merta selepas lelaki itu mengeluarkan kata-kata kesat.

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya Superintendan Lee Swee Meng berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan 10 anggota dan pegawai polis melakukan gerakan Ops Roda di kawasan itu.

Menurutnya, penunggang motosikal itu didapati melakukan kesalahan apabila enggan memandu di lorong dikhaskan untuk penunggang motosikal.

“Dia menunggang motosikal model Yamaha LC ditahan di lorong tol khas untuk kenderaan berat menghala ke Putrajaya,” katanya.

Katanya, anggota polis trafik mengeluarkan notis saman kepada lelaki terbabit dan meminta dia menurunkan tandatangan pada surat saman itu.

“Bagaimanapun lelaki terbabit menurunkan tandatangan dengan menulis perkataan kesat di bahagian bawah surat saman berkenaan,” katanya.
Surat saman dengan tandatangan lucah
Dia berkata, kes berkenaan disiasat mengikut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sumber : hmetro

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan