![]() |
Sarah |
Sarah Foster, 28, mengaku sebelum ini tidak sukakan bentuk
badannya termasuk saiz payudara 38JJ, namun kini bersyukur selepas ia menjadi
kusyen yang melantunkannya seterusnya menyelamatkan nyawanya dalam kemalangan
itu.
Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas ketika dia
keluar dari kereta yang diparkir di tepi jalan untuk merokok dan membuat
panggilan telefon.
‘Tiba-tiba saya dilanggar kereta lain selepas pemandunya
hilang kawalan. Tetapi saya terselamat apabila saya terus melantun dari cermin
hadapan kereta itu ke jalan akibat payudara saya.
“Paramedik yang merawat saya di tempat kejadian berkata saya
amat bernasib baik dan sepatutnya bersyukur dikurniakan ‘beg udara’ semulajadi.
Memang itulah kata-katanya pada saya.
“Doktor yang merawat saya juga terkejut. Saya masih ingat
kata-katanya: ‘Saya tidak tahu bagaimana kamu boleh terselamat, baju dan kasut
kamu semua terpelanting akibat pelanggaran itu.’ Memang badan saya lebam teruk,
namun tiada kecederaan serius malah tak satu pun tulang patah,” katanya.
Sarah mengaku baru membuat temujanji dengan doktor untuk
melakukan pembedahan mengecilkan payudaranya beberapa hari sebelum itu, namun
kini mengubah fikirannya.
“Memang saya mengalami sakit belakang teruk dan leher kerana
dada terlalu besar. Namun, jika saya sempat melakukan pembedahan itu, pasti
saya sudah mati,” katanya.
Menurutnya, pemandu yang melanggarnya tidak didakwa selepas
kemalangan itu diklasifikasikan ‘aneh’ tetapi Sarah menerima pampasan £5,000
(RM30,000) daripada syarikat insurans.--#Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan