Halaman

Sokerspot

Isnin, 14 Disember 2015

5 Sikap Wanita Yang Mencabar Syahwat Lelaki Tanpa Disedari


5 Sikap Wanita Yang Mencabar Syahwat Lelaki Tanpa Disedari


Pada ini, kita sedang dilanda krisis akhlak, Media massa samada tempatan mahupun antarabangsa sering memaparkan berita yang menakutkan kita.
Berita mengenai kisah haruan makan anak, kejadian rogol atau pencabulan antara guru dengan anak muridnya sendiri, golongan remaja pula yang semakin terjerumus ke dalam aktiviti pergaulan bebas sehingga berani melakukan hubungan terlarang, astaghfirrullah… Naudzubillahi minzaliik…

Dari beberapa perbincangan muslimah Asia yang menjadi pemerhati kegiatan sosial dewasa ini, tanpa disedari ada kalanya gerak-geri wanita sememangnya mampu mencabar syahwat lelaki. Malahan perkara ini dijadikan helah tersendiri bagi penjaja tubuh di kota-kota metropolitan dengan tujuan untuk menambah daya tarikan kepada mangsanya.

Berikut adalah lima sikap wanita yang sangat berbahaya di tengah-tengah keramaian itu, iaitu :

1. Ketika menunduk.


Ketika ada sesuatu jatuh ke lantai, wanita yang ingin mengambil barang itu dengan posisi menonggeng, ini pasti akan diperhatikan oleh kaum lelaki di sekitarnya. Apalagi bagi wanita yang tidak berhijab dengan pakaian bahagian atas akan terbuka dan memperlihatkan bahagian dada.

Tanpa kita sedari, bahagian lekukan belakang yang menonjol itu (bahagian belakang pinggang ke bawah) dapat menimbulkan syahwat lelaki. Oleh itu, berlututlah jika ingin mengambil barang yang jatuh ke lantai, atau minta tolong seseorang yang berhampiran jaraknya dengan barang tersebut.

2. Gaya berjalan dengan melenggok-lenggokkan badan.


Kita sudah malum bahawa seluruh bahagian dari tubuh wanita adalah sangat indah. Fitnah terbesar bagi lelaki adalah kaum wanita. Walaupun wanita yang berjalan melenggok-lenggokan badan itu adalah bertubuh kecil, ia mampu menakluki lelaki berbadan besar. Pada zaman kini, semakin ramai wanita ‘minta perhatian lebih’ dengan kasut bertumit tinggi yang berdenting-denting ketika berjalan, ditambah pula bergemerincing gelang kaki. Termasuk juga wanita muslimah dengan gaya hijab ‘fashion wrapping’ ataupun balutan baju ketat yang kini lebih dikenali sebagai jilboob.

3. Lirikan mata.


Mungkin ada di antara kita yang suka bergurau senda sambil melirik-lirikkan mata bersama teman atau bersama keluarga. Ketahuilah, terdapat lelaki di luar sana yang akan menyalah ertikan lirikan tersebut. Beberapa kejadian keji telah membuktikan, bahawa kejahatan itu terjadi apabila si lelaki terangsang dengan gaya lirikan mata wanita yang telah menjadi mangsanya. Lirikan wanita memperlihatkan keseksian yang menggoda, begitulah faktanya.

4. Bibir dikala berbicara.


Perhatikan pada ketika wanita yang sedang berbual kekasihnya di telefon, “Sudah makan, sayang? Tengah buat apa, dear?” Ada ketikanya bicara lembut diiringi rengekan itu akan membuat orang-orang berpaling ke arahnya. Di pondok menunggu bas, di resotoran, atau tempat awam yang lainnya, perkara ini sering terjadi. Innalillahi wa inna ilayhi roji’uun…akibat bebasnya informasi di dunia maya, dikhuatiri ada orang yang akan merakam suara yang mendayu-dayu dari bibir seksi wanita tersebut. Perbuatan ini akan dipergunakan sebagai cara menambah ghairah bagi mereka. Imaginasi yang tak dapat dilampiaskan pada tempatnya itu, akhirnya menuju ke perbuatan zina pula, na’udzubillahi min zaliik…

5. Senyuman juga mengundang bahaya.


Di negara kita, pendatang dari Bangladesh, Iran, dan negeri lain akan menganggap ‘wanita tersenyum manis kepadanya’ kerana tertarik dan ingin berkenalan dengan lebih dekat. Bahaya kan?! Jadi, simpanlah senyuman mesra dan manis itu hanya untuk suami dan anak-anak di rumah, wahai wanita muslimah!

Senyum tipis di hadapan lelaki ajnabi, cukuplah sekilas sahaja.

Sebahagian kaum wanita dan puak sekular sangat kesal dengan ‘nafsu syahwat’ lelaki ini, seolah seluruh kesalahan diletakkan sepenuhnya kepada wanita. Kejadian pemerkosaan, pencabulan dianggap disebabkan semata-mata oleh kejelekan sifat kaum lelaki. Sesungguh syahwat adalah semulajadi kejadian lelaki, menjadi anugerah kepada mereka yang pandai bersyukur, pandai menempatkan nafsu diri.

Romantik dan berkekalannya rumahtangga pun kerana syahwat telah disalurkan pada tempat yang sepatutnya

Oleh sebab itu, kepada kaum wanita, pada ketika melakukan aktiviti di luar rumah, marilah kita jauhi sikap-sikap di atas, yang tanpa kita sedari mapu menggoda lelaki ajnabi. Kita perbaiki cara berpakaian dan sikap atau gaya tubuh demi cinta kita terhadap Allah SWT serta terhadap saudara muslimin dan sebagai bukti sikap menghargai sesama manusia. Wallohu a’alam bisshowab.

“Seorang wanita adalah seperti kapal yang membawa penumpang di laut dengan gelombang yang kuat. Setelah kapal hancur semua penumpang akan tenggelam.” (Kutipan kalimat Syaikh Abdullah Azzam, rahimahullah)

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan