Halaman

Sokerspot

Isnin, 14 Disember 2015

RM15,000 untuk setiap pemain utama Kedah


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan imbuhan RM15,000 untuk setiap pemain utama pasukan bola sepak Kedah yang muncul Naib Juara Piala Malaysia musim ini.


Mukhriz berkata dengan pencapaian luar biasa skuad Helang Merah sehingga berjaya bergelar naib juara, imbuhan itu dianggap sebagai berpatutan biarpun bukan jumlah yang besar.

"Kita tahu skuad Kedah berjuang tanpa imbuhan yang besar selama ini. Namun dengan pencapaian luar biasa ini, melalui perbincangan kita setuju untuk memberi imbuhan ini," katanya kepada pemberita di majlis santapan malam meraikan pasukan Kedah di Istana Negara malam tadi.

Mukhriz berkata bagi pemain lain imbuhan turut diberikan berdasarkan peratusan masa yang mereka luangkan bermain untuk pasukan.

Katanya, misi pasukan itu seterusnya ialah menumpukan pada perlawanan Liga Super musim depan.

"Sekarang ini pasukan akan berehat sehingga Februari ini. Selepas itu tumpuan adalah bagi memantapkan lagi pasukan untuk musim depan," katanya

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan