Halaman

Sokerspot

Jumaat, 7 Ogos 2015

Ciri-ciri ketara perempuan murahan



Jika kita berbicara tentang perempuan murahan tentunya difikiran kita hanya ada satu definisi iaitu perempuan yang sering bertukar-tukar pasangan. Maksud lain murahan di sini seperti sesuatu yang tidak berkualiti hingga dijual dengan harga yang sangat murah ataupun memang seseorang yang memang menjual harga dirinya dengan murah.

Di sini penulis akan memfokuskan terhadap seseorang yang menjual harga dirinya dengan murah ataupun secara khususnya perempuan murahan. Dalam erti murahan jarang sekali kita dapati bahawa kaum lelaki yang menjadi mangsa, tetapi kebanyakannya dikenalpasti dari golongan wanita.

Jika telah dilabelkan sebagai perempuan murahan, adalah sangat sukar untuk memperbaiki diri kerana perempuan murahan dianggap oleh masyarakat sebagai sudah tidak memiliki harga diri, malahan perempuan murahan dapat dikatakan lebih rendah tarafnya berbanding dengan pelacur. Walaupun pelacur dianggap sebagai perempuan penghibur namun mereka memiliki harga yang tinggi, tidak semua lelaki yang mereka dekati, berbeza dengan perempuan murahan. Di sini ada beberapa ciri tingkah laku dari perempuan murahan.

1. Bertukar-tukar Pasangan

Perempuan murahan akan selalu menerima pujukan setiap lelaki untuk dibawan ke mana sahaja dan bila-bila sahaja. Boleh dikatakan “banyak pasangan” itu membuktikan bahawa seseorang sesorang cantik atau menawan. Namun itu hanyalah perspektif secara individu, jika kita ambil dari perspektif umum, itu hanya menunjukan bahawa seseorang yang memiliki banyak pasangan membuktikan bahawa ia murahan.

2. Mudah Dirayu

Perempuan murahan sangat mudah dirayu, apalagi ia dijanjikan sesuatu wang ringgit ataupun barang yang akan memenuhi keinginannya. Orang yang seperti ini tidak akan memilh dengan siapa ia berpasangan, samada orang itu telah berkeluarga, tua, lebih muda, semuanya akan dianggap sama, asal dapat menjamin keperluan hidupnya.

3. Curang

Curang juga dapat menunjukan bahawa seseorang itu murahan, kerana dia akan menyusun masa bila akan meluangkan masa buat si A dan bila meluangkan masa bersama dengan si B atau si C atau lebih dari itu. Ia akan disusun secara bergiliran untuk memenuhi keinginan pasangannya.

4. Gaya Pakaian

Kita sedia maklum bagaimana seorang pelacur berpakaian, mereka selalu mengenakan pakaian yang ketat dan singkat atau pakaian-pakaian yang seksi sehingga dapat perhatian dan tingkatkan keghairahan pelanggan. Perempuan murahan juga hampir sama dengan cara berpakaian seorang pelacur, untuk mendapatkan perhatian perempuan murahan akan mengenakan pakaian yang menurutnya mampu menarik perhatian terhadap semua lelaki.  Sesetengah yang tidak mahu terlalu menonjol sebagai seorang murahan maka ia tidak tidak akan mengenakan pakaian yang ketat dan singkat namun setiap orang yang memandangnya akan menjadi ghairah dan terpesona untuk ingin memilikinya. Sehingga setiap lelaki yang memandangnya akan terpesona dengan bentuk tubuhnya, tertarik padanya, dan sebab lelaki yang ingin memilikinya adalah bukan kerana mencintainya tetapi hanya ingin menikmati tubuhnya.

5. Berbahasa / Berbicara Kotor

Adalah sangat tidak sedap didengar kita mendengar seseorang berbicara dengan menggunakan bahasa yang kotor, yang dimaksudkan dengan berbahasa kotor oleh perempuan murahan ialah sering menyebut atau berbicara dengan menggunakan jenis kelamin. Seseorang yang sering menyebut jenis kelamin biasanya telah melakukan hubungan intim. Jika seseorang itu tidak pernah melakukan hubungan intim, seseorang itu tidak sanggup untuk berbicara atau mendengar mengenainya.

6. Berbicara Tentang Seks

Perempuan murahan sangat selesa apabila berbicara tentang seks, mereka tidak merasakan malu atau jijik, malahan mereka akan mencari kaedah bagaimana cara untuk melakukan hubungan seks yang lebih memuaskan.

7. Menonton Video Seks

Dengan menonton video seks, mereka akan lebih bergairah dalam melakukan seks, dan mereka berfikir akan dapat melakukan perkara yang sama seperti video yang mereka tonton.

8. Tiada Dara

Ciri ini tidak ketara dapat dipandang dari luaran. Tiada dara bukti paling jelas dalam menunjukan bahawa seseorang itu murahan, namun dalam hal ini adalah berbeza dengan seseorang yang telah berkahwin. Jika seorang gadis sudah tidak mempunyai dara, kita pun tidak tahu sudah berapa kali ia melakukan hubungan intim. Biasanya jika seseorang telah melakukannya sekali, ia akan ingin mengulanginya, dan pasangannya pasti akan merayu untuk mengulanginya juga. Jika seorang gadis menolak pujukan pasangannya untuk melakukan hubungan intim untuk kali yang seterusnya, maka pasangannya akan membuat ugutan untuk “PUTUS”. Oleh kerana si gadis ini pernah melakukan hubungan intim bersama pasangannya itu maka ia tidak mau kehilangan lelaki tersebut. Dengan rasa terpaksa ataupun penuh kerelaan, si gadis, menerima pujukan pasangannya itu untuk mengulanginya kembali.

9. Jual Diri

Menjual diri berlaku antaranya dikalangan pelajar terutama para remaja yang hidupnya jauh dari orang tua, itu yang pertama. Kemudian alasan kedua kerana faktor ekonomi yang menghimpit hidup. Terdapat dua pandangan mengenai menjual diri ini. Pertama jual diri dengan maksud menjual kemampuan atau kemahiran dalam melakukan perkara yang positif seperti untuk mendapatkan pekerjaan. Kemudian yang kedua dalam segi negatif atau melalui jalan singkat dengan cara menjual tubuh, ini disebabkan oleh seseorang tidak berfikir panjang sehingga dia tidak dapat mencari jalan keluar dengan mengambil keputusan untuk menjual diri. Memberi pelbagai alasan untuk melindungi kesalahan, seperti “saya terpaksa melakukan perkara ini. Jika saya tidak melakukannya, saya tidak dapat cukup wang untuk makan, yuran pengajian, tempat tinggal atau hal lain yang memerlukan wang”.

Tentunya itu hanyalah alasan-alasan untuk melindungi kesalahannya. Tidak mungkin kedua ibubapa yang menghantar anak-anaknya ke sekolah ataupun pusat pengajian tinggi itu tidak mampu membiayainya. Tidak cukup wanng adalah disebabkan oleh perkara berikut;

a. Boros, selalu ingin memenuhi keinginannya yang tidak sesuai dengan keperluannya.

b. Mengutamakan perbelanjaan orang lain (contoh: teman lelaki) dibandingkan dengan hidup sendiri.

c. Gagal mengurus perbelanjaan.

d. Suka berfoya-foya dan bersenang-senang.


Walaupun demikian bukan bererti setiap orang tidak boleh memperbaiki diri. Setiap orang memang pernah melakukan kesalahan samada kesalahan besar ataupun kesalahan ringan. Perlu kepada kesabaran yang tinggi untuk memperbaiki diri jika telah melakukan kesalahan besar, seperti telah dilabelkan menjadi perempuan murahan.

Setiap orang memang memiliki tingkah laku masing-masing dan setiap tingkahlaku yang kita miliki memang berbeza, tetapi apakah tingkah laku yang seperti yang di atas merupakan tingkah laku yang baik?

Untuk menjadi orang baik memang tidak mudah. Banyak ujian dan dugaannya. Ujian inilah akan mempertingkatkan tahap tingkah laku yang baik.


# Sumber

SILA KLIK ==>  MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL

Ads

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan