
GAMBAR Istana DAJJAL Sudah SIAP DIBINA Di Jabal Habshi ? !!!
| Inilah Istana Dajjal sedang dlm pembinaan di Jabal Habshi..
Menurut alim ulama Mesir, may be dajal will be appear from
this place which is out of Haram range in Madina…..
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW telah bersabda:”Tidak
seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta
yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya
sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis
“kaaf”, “faa”, “raa”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a.,Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tiada suatu negeri pun melainkan akan didatangi oleh Dajjal
kecuali hanya Makkah dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong
Makkah dan Madinah itu melainkan disitu ada para malaikat yang berbaris rapat
untuk melindunginya.


Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir di
luar Madinah, lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari
goncangan-goncangan itu Allah SWT akan mengeluarkan akan setiap orang kafir dan
munafik”. (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda:“Bumi yang
paling baik adalah Madinah.
Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat.
Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar
Madinah),kota Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau
perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan
Madinah.Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan.Madinah membersihkan
kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi”. (Hadis Riwayat
Muslim)
Dari Abdullah ibn Shafeeq, daripada Muhjin ibn Adraa,
Rasulullah SAW bersabda kepada orang ramai;”Hari Pembebasan, Hari pembebasan,
Hari Pembebasan!” dan mengulanginya tiga kali. Baginda SAW ditanya oleh seorang
sahabat,”Apakah Hari Pembebasan?”.
Baginda SAW menjawab:”Dajjal (penipu pada akhir zaman),
Dajjal akan datang, memanjat dan menetap di atas Jabal Habshi, melihat ke arah
Madinah dan bertanya kepada para pengikutnya; Adakah anda melihat Istana Putih
itu?.itulah Masjid Muhammad.
Kemudian Dajjal akan cuba mendekati kota Madinah dan mencari
jalan di setiap sudut tetapi malaikat menghalalangnya dengan pedang dan Dajjal
akan sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat kem.
Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali dan akan ada orang
munafik lelaki atau wanita keluar untuk menyertai Dajjal,ini adalah hari
pembersihan”. (Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al ‘Adawi dalam Sahih
al Musnad, Hadis al Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496).
Dari Abu Darda r.a.,Rasulullah SAW bersabda,”Jika sesiapa
belajar dengan ‘mata hati’ dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan
terlindung dari fitnah Dajjal”.(Hadis Riwayat Muslim)
Adakah kita telah siap sedia berhadapan dengan al Masih ad
Dajjal?. Segala kelengkapan untuk Dajjal telah dipersiapkan oleh pengikutnya
dan terbukti berdasarkan hadis-hadis berkaitan..
Akan tetapi harus diingat bahawa Dajjal tidak akan datang
kepada setiap orang manusia dan di setiap penjuru muka bumi ini dengan
memperlihatkan dirinya yang ‘bermata satu’ (luaran) untuk membuktikan dan juga
menyesatkan manusia tetapi cukup sekadar menciptakan satu sistem kehidupan yang
mana manusia dipersembahkan dalam pelbagai aspek duniawi yang sibuk,penuh
nikmat,keselesaan,tidak bertuhan dan jauh dari pegangan mahu pun petunjuk al
Quran dan as Sunnah agar umat Islam sentiasa lalai dan menjauhkan diri dari
beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT sehinggakan dalam diam ia membutakan
‘mata hati’ di dalam diri kita.--#Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan