Halaman

Sokerspot

Isnin, 6 Julai 2015

10 Perkara Yang Pasti Membuatkan Suami Anda Tergoda!

 

Menggoda.. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian suami? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda..


1. Lelaki perlukan sahabat.

Lelaki perlukan seseorang yang mampu memahami mereka. Kebanyakan lelaki tidak banyak cakap, jadi mereka perlukan seseorang yang mampu memahami mereka tanpa mereka perlu beritahu.Lelaki sebenarnya ada lebih banyak masalah daripada yang perempuan boleh bayangkan!

2. Lelaki perlukan ketenangan.

Setelah seharian bekerja,cuba sediakan tempat berehat yang tenang untuk suami. Pastikan bilik tidur kemas, bersih dan wangi. Rumah juga tidak bersepah-sepah seperti baru berperang. Suami akan berasa tenang di rumah dan pasti berterima kasih dengan keprihatinan anda.

3. Lelaki mahu dihargai.

Lelaki suka rasa dihargai. Hargai pemberiannya walaupun hadiah itu nilainya tidak seberapa. Hargai masa anda berdua dan cuba indahkan saat-saat itu dengan sesuatu yang bermakna. Belajarlah menjadi romantik untuk suami anda…

4. “Pikat lelaki melalui perutnya”

Belajar memasak makanan kegemaran si dia! Tak rugi pun belajar, terutamanya dari ibu mentua anda. Sambil berusaha mengambil hati suami, sambil memikat hati ibu mentua anda. Sambil menyelam minum air kata orang. Biasanya pada awal perkahwinan lelaki akan membandingkan masakan anda dengan ibunya. Tetapi apabila melihat usaha anda, dia pasti akan terharu. Ditambah dengan keikhlasan dan kasih saying, bertambahlah sayang suami pada anda!

5. Hias diri anda

Kebanyakan wanita berhias untuk ke tempat kerja, ke pusat membeli belah, kenduri kendara dan sebagainya. Tetapi tidak ramai wanita yang berhias di depan suaminya. Di rumah pakaian selekeh dan tidak terurus. Lebih teruk lagi, kebersihan kurang dititikberatkan dan berbau pula. Kecantikan luaran dan dalaman haruslah dijaga. Cubalah produk jamu atau petua-petua yang diyakini berkesan untuk kecantikan anda. Jika tidak biasa bersolek di luar rumah,bersoleklah di rumah untuk suami anda. Suami anda pasti tertawan.

6. Belajar kesukaan suami.

Setiap orang pasti mempunyai minat tersendiri. Jika suami minat memancing, belajarlah sedikit pengetahuan mengenai memancing. Jika suami minat bola sepak, ambil tahu sedikit informasi asas berkenaan pasukan kegemaran suami anda. Temani mereka sekali sekala. Pasti mereka akan lebih bahagia mempunyai teman yang mereka boleh berkongsi minat. Selain itu, anda pasti tidak mahu suami anda berkongsi minat dengan perempuan lain pula.

7. Melayan suami bagaikan raja

Apabila ada masa lapang, cuba perkara-perkara berikut. Sewaktu mandi bersama suami, cucikan rambutnya, memotongkan kukunya, mengurut suami selepas dia pulang dari kerja serta menemani dan melayani suami ketika dia makan. Perkara ini mungkin nampak kecil, tapi besar ertinya untuk membangkitkan kemesraan antara suami isteri.

8. Pandai bawa diri di hadapan keluarga suami

Suami anda pasti mahukan isteri yang pandai menyesuaikan diri dalam keluarganya. Cubalah bergaul dengan keluarga suami sebaik mungkin. Tidak perlu membodek, cuma lakukan sesuatu dengan ikhlas. InsyaAllah, keikhlasan anda pasti membuahkan hasil.

9. Menurut kata.

Suami suka isteri yang mahu mendengar kata. Fitrah lelaki sebagai pemimpin dalam keluarga, membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhai Allah. Isteri haruslah patuh akan perintah suami selagi ianya tidak melanggar syariat.

10. Pendengar yang baik

Apabila suami mempunyai masalah, cubalah menjadi pendengar yang baik. Tidak mengapa jika anda tidak mampu menolong mengurangkan masalah tersebut, tolong dengar pun jadilah! Suami pasti berasa senang dengan anda dan lebih bahagia sebab itu anda perlu tahu 10 Perkara Yang Pasti Membuatkan Suami Anda Tergoda!.

--# Sumber




Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan