
Pasti anda mendambakan sifat-sifat wanita yang membuatkan
lelaki tidak memandang wanita lain ada dalam diri anda. Namun, mungkin juga 7
ciri-ciri di bawah ada dalam diri anda.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita
menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah
kamu. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan
hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan
diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih
waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika
lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan
kata-kata yang kasar atau menuduh bukan- bukan sebaliknya cuba mengerti segala
persoalannya.
3. Menghargai
Sifat wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman
lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka
dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari
wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar
sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai
merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada
dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki lain juga menyukainya.Dan pasti
memakai pakaian menutup aurat. Lelaki mane mahu berikan tubuh badan orang yang
di sayangi itu mejadi tatapan umum.
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan
boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan
topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar
teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik.
Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak
serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang
suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan
baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai
nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih
tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan
suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.
Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di
kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri
sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang
menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk
diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia
inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan
dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati
pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan
yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman
pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
--# Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan