Bagi memperkasakan dan memajukan sukan bola sepak, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) melalui Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) menggunakan modul formula Jerman.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Ketua Akademi Borussia Dortmund dari Jerman, Edwin Boekamp berkata, formula itu pernah dilaksanakan di negaranya pada tahun lalu.
Untuk makluman, Jerman adalah juara piala dunia terbaru.
Kata Boekamp, kemajuan bola sepak Jerman pada asasnya berdasarkan kejayaan formula 10 tahun, seperti meningkatkan taraf infrastruktur terlebih dahulu seperti pembinaan akademi serta kemudahan lain.
"Selepas itu barulah pembangunan belia.
"Formula tersebut akan menjadi contoh kepada JDT untuk pembangunan sukan bola sepak Johor," katanya.
Ada projek baru
Menurut Boekamp, untuk membolehkan sesebuah skuad bola sepak menempa kejayaan pemain perlu mencapai kecemerlangan di peringkat sekolah dan di atas padang.
"Nama seperti Thomas Muller (gambar), Mario Gotze, Andre Schurrke dan kembar Bender, Sven dan Lars adalah pemain berpotensi yang lahir dari situ," jelasnya.
Tambah Boekamp, melalui formula terancang seperti itu tidak mustahil JDT mengikuti jejak langkah kelabnya melahirkan bakat baru dan pemain berkualiti.
Sementara itu, PBNJ dilaporkan sedang menyiapkan projek pembinaan pusat latihan untuk pasukan Johor Darul Ta'zim II dan skuad belia di Padang Mawar, Pasir Gudang.
Difahamkan, pusat latihan tersebut mirip dengan pusat latihan pasukan JDT di Padang Seri Gelam dan sudah 70 peratus siap.
# Sumber
SILA KLIK ==> MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan