Halaman

Sokerspot

Selasa, 7 Julai 2015

Betulkah Bangsa Johor telah wujud semenjak 1885??


Memetik dari laman facebook rasmi Johor Southern Tigers, TMJ mengingatkan bahawa Bangsa Johor untuk sentiasa bersatu. Beliau juga menyatakan ramai orang luar dan sesetengah pihak yang kurang senang melihat kita bersatu dana ada pula yang mahu buat provokasi dengan membuat kenyataan kenapa bukan Bangsa Malaysia.

Katanya lagi “Ini adalah kerana dari zaman Atok Moyang saya kami Melayu, Cina dan India dikenali sebagai Bangsa Johor semenjak 1885, 72 tahun sebelum adanya negara bernama Malaysia”

Beliau turut menegaskan “Kami berbangga dengan sejarah kami. Kami tidak kacau mana-mana pihak. Ini adalah asal usul sejarah Kami. Jikalau anda nak bangga dan panggil diri anda Bangsa Malaysia atau 5 Malaysia teruskan. Ia bukan satu jenayah.”

Sambung beliau “ Tetapi kepada Bangsa Johor, jangan kita lupa bahawa ini adalah negeri kami. Bumi dan Hak milik negeri ini adalah Hak anda semua.”

Seterusnya beliau menasihatkan Rakyat Johor supaya tidak berpecah belah kerana ada pihak atau sesiapa yang kurang senang lihat anda bersatu.

Janganlah anda terpengaruh dengan strategi 'divide and conquer' oleh mana-mana pihak. Ingatlah betapa kuatnya kita bila kita bersatu.

Seperti mana nasihat dan motto negeri Johor, Muafakat itu Barkat. ALLAH Peliharakan Sultan. Johor mesti sentiasa jadi Johor.

--# Sumber


Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan