Halaman

Sokerspot

Khamis, 9 Julai 2015

Dortmund telah bersiap sedia bertemu JDT



BINTANG tengah Borussia Dortmund, Shinji Kagawa akan mengetuai cabaran pasukannya berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Kagawa yang kembali semula ke Signal Iduna Park dari Manchester United adalah antara 27 pemain disenaraikan juara Bundesliga lapan kali itu bagi persinggahan Jelajah Asia 2015 Borussia Dortmund di Malaysia.

Pemain lain yang turut serta termasuk Mats Hummels, Henrikh Mkhitaryan, Marco Reus, Gonzalo Castro, Jeremy Dudziak, Mitsuru Maruoka, Jon Stankovic dan Matthias Ginter.

Kelmarin, Dortmund mencatatkan kemenangan 6-0 menentang kelab Liga Jepun, Kawasaki Frontale dalam aksi pertama siri jelajah mereka.

Kagawa dan Pierre-Emerick Aubame masing-masing menjaringkan dua gol manakala selebihnya dijaringkan oleh Maruoka dan Stankovic.

Bagi JDT yang dibimbing Roberto Carlos Mario Gomez, mereka sudah bersedia untuk tampil dengan aksi terbaik menentang Dortmund.

--# Sumber

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan