
Imam Ghazali dikenali sebagai pakar merawat sakit hati. Rujuklah kitab tulisannya iaitu Ihya' Ulumiddin. Betullah selalu wujud perasaan dengki antara adik-beradik. Kita kena ubah sifat ini dan ganti dengan sifat syukur dan redha.
Ada satu cerita seorang Professor yang mempunyai 4 orang
anak. 3 orang anaknya pandai dan menjadi doktor, manakala yang keempat tidak
begitu pandai dan cuma bekerja sebagai kerani sahaja. Professor itu rasa begitu
pelik sehingga mengatakan yang anak keempatnya itu bodoh. Ditakdirkan, Allah
menguji Professor itu terkena strok.
Dalam kesemua anaknya, anak yang keempat itulah yang menjaganya sepanjang masa. Anak yang lain sibuk dengan kerjaya.
Oleh sebab itu kita tidak boleh dengki dengan kelebihan yang
Allah kurniakan pada adik-beradik yang lain. Seumpama jari kita yang lima,
semuanya ada fungsi tersendiri. Kurang satu akan menjadi tidak sempurna.
Nabi SAW ada bersabda yang bemaksud, “Perasaan hasad memakan
pahala amalan sepertimana api memakan kayu.
Kita perlu berlapang dada dan gembira dengan kelebihan yang
dimiliki adik-beradik lain. Bagi yang lebih berjaya pula, jangan sombong dan
bantulah adik-beradik lain yang kekurangan.
Fikir fikirkan apa yang kita patut bantu adik beradik yang
ada kekurangan jangan bagi org lain mencaci dan menghina meraka
Hukum menghina, perli orang lain adalah haram. Allah SWT
melarang kita berbuat begitu. Oleh itu kita tidak boleh memperlekehkan apa yang
dibuat oleh adik-beradik kita atau orang lain.
JADI nasihatkan darah daging kita supaya dia juga turut rasa
dihargai org ramai
Hulurkan tangan kita bila dia perlukan...Ibubapa kita juga akan Aman disana melihat anak anak mereka....
Hulurkan tangan kita bila dia perlukan...Ibubapa kita juga akan Aman disana melihat anak anak mereka....
Harta ibu bapa yang paling bernilai ialah anak-anak iaitu
adik-beradik kita. Cuba perhatikan jika anak-anak sakit, ibu bapa sanggup
gadaikan harta untuk menyelamatkan anak-anak.
Oleh itu janganlah kerana harta ibu bapa , adik-beradik
bergaduh ,Sedangkan itu cuma harta dunia....harta yang membawa hingga ke Jannah
Allah adalah silaturahim adik beradik itu...
Doa merupakan perisai orang orang beriman. Allah berfirman
yang ringkasannya bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, Aku akan makbulkan.” Jadi
doakanlah untuk adik-beradik kita kepada Allah SWT. Kita bertemu Allah paling
kurang 5 kali sehari. Apabila kita mendoakan seseorang, dan orang itu tidak
mengetahuinya, maka malaikat juga akan mendoakan kita doa yang serupa juga.
Teruskan berdoa, semoga abang,kakak adik kita dilapangkan
REZEKI kekayaan REZEKI umur yang panjang dgn kesihatan yang baik ,diberikan
hidayah juga bahagia dunia dan akhirat..
Rasulullah shallallahu alaihi wassalam pernah ditanya oleh
seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat
memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan
menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat
dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)
Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam
bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat
menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR.
Thabrani)
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka
hendaklah menyambung keluarga (silaturahmi).” (HR. Bukhari)
“Tidak masuk surga orang yang memutus keluarga.” (HR.
Bukhari dan Muslim)
--# Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan