Halaman

Sokerspot

Rabu, 8 Julai 2015

Kalau kapal dah hilang arah.. kata Afdlin Sauki

 
Pelakon dan pelawak Afdlin Shauki mungkin seorang antara ribuan rakyat yang mempersoalkan apa yang sedang berlaku dalam negara ketika ini.

Pelakon dan pengarah berusia 44 tahun itu memang terkenal kerana lantang bersuara tentang apa yang dirasakan tidak betul, malah tidak kisah jika hal itu membuatkan dirinya dicaci rakan atau peminat.

"Aku dari generasi kalau kapal nak tenggelam we stay with the ship. But kalau ship dah hilang arah tak guna jugak," tulis Afdlin ketika mengulas komen di akaun Facebooknya.

Terdahulu salah seorang pengguna Facebook menggunakan nama Farah Rosli bertanya kepada Afdlin: "Nak tanya sikit. .... Betulkah Abg Afdlin ni org Umno. Atau jadi ahli Umno masa tu berbayor (berbayar)?

Afdlin segera menolak dakwaan itu sambil menyatakan beberapa perkara tersirat mengenai parti yang disertainya sekarang.

 “Tak berbayar(,) pasal saya masuk Umno (kerana) history keluarga saya, arwah nenek saya Ketua Wanita Umno Singapura masa memburu kemerdekaan dari British dulu. Saya masih ahli Umno tapi saya tak bersetuju dengan banyak benda yang sedang berlaku dlm Umno sekarang.

Menurut kenyataan itu lagi, walaupun berada dalam parti berkenaan, ada beberapa perkara berbangkit yang tidak dipersetuju Afdlin, namun hal itu tidak dijelaskan.

--# Sumber

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan