
Kota Bharu: Pasukan Kelantan
seolah-olah ‘melepas geram’ dengan berpesta gol di Stadium Sultan Muhammad ke
IV selepas membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-1 pada aksi Liga Super
semalam.
Hasilnya seawal minit ketiga
penyerang import Colombia Erwin Carillo menjaringkan gol pertama The Red
Warriors (TRW) hasil lorongan Gilmar Da Silva.
Bagaimanapun, keghairahan TRW
memburu gol kedua selepas itu memakan diri apabila pelawat berjaya mencuri peluang
menyamakan kedudukan pada minit kelapan menerusi sepakan deras Venice Elphi.
Usaha tuan rumah menambah jaringan
berhasil apabila penyerang Wan Zack Haikal menjaringkan gol kedua m-38 menerusi
hasil hantaran lintang Fitri Omar.
Selang empat minit kemudian pesta
gol bermula melalui Mohd Nor Farhan menambah derita ATM dengan gol ketiga
selepas Syed Adney gagal menangkap kemas sepakan Da Silva pada minit-minit
akhir separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, ATM terpaksa
beraksi dengan 10 pemain m-57 apabila Nor Fadly Alias dilayangkan kad kuning
kedua selepas menjatuhkan Carillo di luar kotak penalti.
Kesempatan itu dimanfaatkan tuan
rumah untuk mengasak kubu ATM sehinggalah Carillo menjaringkan gol keempat m-
63 selepas berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan.
Tidak cukup itu TRW menambah gol
kelima menerusi pemain gantian Wan Zaharul Nizam m-73.
Semangat pemain lawan jelas pudar
dengan TRW terus mempamerkan aksi bertenaga dengan melancarkan banyak serangan
berbahaya untuk menambah jaringan namun kecemerlangan Syed Adney berjaya
mengagalkan percubaan itu sehingga wisel penamat ditiup.
# Sumber
SILA KLIK ==> MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan