Halaman

Sokerspot

Sabtu, 11 Julai 2015

Lebih 140,000 Lagi Unit Honda Perlu Pemeriksaan Semula




KUALA LUMPUR: Honda Malaysia pada Jumaat berkata 143,970 unit modelnya - City (Tahun pembuatan 2006-2012), Civic (2006-2011), Civic Hybrid (2007-2011) CR-V (2007-2011), Insight (2011-2012), Jazz (2009-2012) dan Stream (2007-2012), perlu menjalani pemeriksaan semula sebagai langkah untuk melindungi keselamatan pelanggan.

Langkah proaktif ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna, dan kami kesal atas masalah yang dilalui pemiliknya.

"Langkah pemeriksaan semula ini dilakukan bagi membolehkan pengepam beg udara bahagian hadapan pemandu ditukar dengan pengepam baharu," kata pembuat kereta itu dalam satu kenyataan.

Honda berkata semua model semasa yang dijual tidak terlibat.

"Kerja penggantian itu akan dilakukan sebaik semua alat ganti tersedia, dan kos alat ganti dan buruh akan ditanggung oleh Honda Malaysia," katanya.

# Sumber

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan