Gambar hiasan |
SANDAKAN: Pekerja estet warga Indonesia dipenjara 12 bulan
oleh Mahkamah Majistret Sandakan di sini kerana mencederakan seekor orang utan
jantan menggunakan parang di Gedau, Long Manis, Beluran pada 13 Julai lalu.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya dalam
kenyataan berkata, Syam Bin Sul, 38, didakwa mengikut Seksyen 37 Enakmen
Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun
atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya kerana menyebabkan kecederaan
kepada haiwan yang dilindungi.
"Adalah malang kerana pelaku memilih mencederakan orang
utan apabila beliau dengan mudah dapat melarikan diri jika benar haiwan itu
mengejarnya.
"Hukuman yang diputuskan oleh mahkamah itu harus
dijadikan pengajaran kepada individu lain sekiranya mereka mencederakan haiwan
yang dilindungi, lebih-lebih lagi spesies yang dilindungi sepenuhnya.
Sementara itu, William berkata, orang utan itu yang
mengalami luka dalam dan luka dikelar masih memerlukan penjagaan rapi, mungkin
untuk tempoh beberapa minggu akan datang.
"Kami berharap sebaik semua masalah itu diselesaikan,
kami dapat menghantarnya kembali ke tempat asalnya," katanya.
Untuk mengelakkan kejadian itu pada masa depan, William juga
menasihatkan semua pemilik dan pengurus ladang untuk memaklumkan jabatan itu
jika mereka mendapati mana-mana haiwan yang dilindungi berkeliaran di ladang
mereka.
# Sumber
SILA KLIK ==> MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan