Halaman

Sokerspot

Ahad, 12 Julai 2015

'Tangan ghaib' wujud di Kelantan : Sathianathan


Mohd Azraai Khor Abdullah bagai memancing dan Tan Sri Annuar Musa terkejut.

Kini B Sathianathan seolah-olah mengukuhkan ada 'jerangkung dalam almari' Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).


Sathianathan yang pernah melatih The Red Warriors (TRW) memberitahu Malaysiakini hari ini, beliau juga pernah cuba diganggu ketika mengendalikan skuad berkenaan antara 2009 hingga 2010.

Katanya gangguan itu datang dalam bentuk cubaan mencampuri urusan kejurulatihan termasuk mengalih perhatian pemain.

"Tetapi saya dapat tangani masalah itu dengan memberi amaran awal kepada individu yang cuba kacau kerja saya. Saya berjaya kawal pemain daripada terpengaruh," katanya.

Lebih memeranjatkan, pendedahan Sathianathan menunjukkan individu terbabit sebenarnya adalah pihak yang berada di luar lingkungan Kafa.

Memetik kata Sathianathan, tangan ghaib itu adalah milik mereka yang pernah menjadi pegawai Kafa.

"Mungkin ada perkara yang mereka tak puas hati," katanya.

Isnin lalu Malaysiakini melaporkan peletakan jawatan Mohd Azraai Khor daripada tanggungjawabnya melatih skuad TRW.

Antara lain beliau mengatakan kewujudan "tangan ghaib" mengganggu tugasannya sehingga mendorong dia membuat keputusan berkenaan.

Hari ini pula Annuar yang juga Presiden Kafa meminta pihak yang tidak didedahkan itu dikenal pasti.


Kelantan yang pernah digeruni dalam Liga Super kini terperuk di tempat ke-10 dan berdepan dengan penyingkiran jika tiada langkah menyelamat dibuat segera.

Sathianathan berkata di pihak pengurusan Kafa, beliau mendapat kerjasama penuh terutamanya daripada Annuar sendiri, dan pengurus pasukan ketika itu, Azman Ibrahim.

"Kalau perkara melibatkan taktikal perlawanan dan pemilihan pemain misalnya, kuasa di tangan saya. Pihak pengurusan Kafa tak pernah ganggu.

"Memang kalau saya diganggu sehingga mempengaruhi kerja saya sebagai jurulatih, saya pun akan letak jawatan," katanya.


# Sumber

Ads

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan