
Kuantan: Jika berhasrat untuk menjulang gelaran selaku juara
Liga Super musim ini, pemain Pahang tidak mempunyai pilihan selain menamatkan
baki tujuh perlawanan musim ini dengan nota kemenangan.
Pengendali Tok Gajah Zainal Abidin Hassan berkata, sepanjang
tempoh 22 hari perlawanan berkenaan, semua pemain perlu memiliki komitmen
tinggi memandangkan jadual yang bakal diharungi memang padat.
Katanya, masa yang agak terhad untuk sesi latihan sebelum
tirai Liga Super kembali disingkap 1 Ogos ini diharap mampu dimanfaatkan sebaik
mungkin kerana ia adalah peluang terbaik untuk menjulang Liga Super selepas
Pahang melakukannya pada 2004.
“Saya akui tujuh perlawanan dalam tempoh 22 hari begitu
mencabar dan seboleh-bolehnya pemain dapat mengekalkan prestasi terbaik mereka
untuk mempertahankan kedudukan selaku pendahulu liga.
“Tempoh masa terhad pada sesi latihan selepas cuti rehat
Aidilfitri dapat mengembalikan tahap kecergasan sebelum memulakan perlawanan
bertemu Sime Darby FC, 1 Ogos ini.
“Bagi saya, tiga mata menjadi keutamaan biar pun beraksi di
gelanggang lawan dalam usaha mengukuhkan kedudukan di persada liga memandangkan
pesaing terdekat iaitu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) mengekori rapat dengan
ketinggalan dua mata saja,” katanya.
Pahang yang sudah mengharungi 15 perlawanan, sedang
menerajui liga dengan 33 mata, lebih dua mata berbanding Johor DT.
Perebutan selaku pendahulu liga pastinya sengit kerana
perlawanan musim ini hanya berbaki tujuh dan skuad kendalian Zainal Abidin
perlu mengekalkan kedudukan itu jika mahu menjulang bergelar juara.
Justeru, Zainal Abidin meminta semua pemain memberikan
komitmen 100 peratus pada setiap perlawanan dan tidak terlepas sebarang mata.
“Apa yang perlu dilakukan pemain ialah meningkatkan
persefahaman kerana masing-masing sudah tahu tanggungjawab mereka apabila
berada dalam kesebelasan utama,” katanya.
# Sumber
SILA KLIK ==> MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan