
Benarkah ada cerita lain di sebalik pemecatan pegawai perubatan Chelsea, Eva Carneiro?
Menurut seseorang doktor skuad The Blues itu menjalin hubungan intim terlarang dengan salah seorang pemain Jose Mourinho.
Kata Rupert Patterson-Ward, Eva pernah mengaku kepadanya
bahawa dia ditiduri seorang pemain Chelsea, namun identitinya dirahsiakan.
Malah Patterson-Ward berkata, Eva mendedahkan 'skandal' itu
ketika mereka bertengkar.
"Saya tak percaya ia benar-benar berlaku," kata
Patterson-Ward.
Eva menjadi perhatian apabila diketepikan oleh Mourinho
daripada skuad Chelsea gara-gara bertindak memasuki padang untuk merawat Eden
Hazard yang cedera.
Kejadian berlaku dalam perlawanan pertama Chelsea dalam
saingan Liga Perdana Inggeris musim ini pada minggu lalu.
Belum tutup sepenuhnya
Membawa imej skuad elit, Chelsea berdepan skuad yang lebih
rendah wibawanya, Swansea.
Insiden yang menaikkan kemarahan Mourinho itu berlaku ketika
kedudukan kedua-dua pasukan terikat 2 - 2.
Takdirnya, perlawanan kedua The Blues - menentang Man City -
mencatatkan keputusan lebih mengecewakan apabila mereka terkulai 0 - 3.
Eva tiada bersama skuad itu dalam perlawanan berkenaan.
Kata Patterson-Ward, Eva, 41, pernah mendakwa ada seorang
pemain Chelsea memerhatikannya, selain gemar berbogel di bilik persalinan.
Perbuatan itu, katanya, dilakukan untuk mengganggu serta
menarik perhatian Eva.
"Suatu hari pemain Chelsea itu memanggil Eva ke
biliknya dan ia berlaku.
"Eva sangat kejam kerana memberitahu saya insiden itu
ketika kami bertengkar," katanya.
Menurut Patterson-Ward dia bertemu doktor kelahiran
Gibraltar itu pada 2011 di sebuah bar dalam kompleks Stadium Stamford Bridge.
Sementara itu nasib Eva dengan Chelsea masih belum
dimuktamadkan.
Walaupun tidak disertakan dalam delegasi The Blues ke
Stadium City of Machester pada Ahad lalu, Mourindo dilaporkan berkata pintu
belum tertutup sepenuhnya untuk Eva pada musim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan