Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata walaupun itu adalah hak Kafa, tindakan tersebut hanya akan merugikan pasukan The Red Warriors (TRW) dan pemainnya.
"Saya sendiri terkejut apabila membacanya di akhbar dan berharap soal nak tarik diri ini dapat ditarik balik," katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama Kementerian Sumber Manusia dan warga Parlimen Maran di Arena Tengku Muda Pahang, Maran hari ini.
Tengku Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang membayangkan untuk menarik diri daripada Liga M kerana tidak mampu menampung perbelanjaan pengurusan.
Selain itu, Annuar turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan FAM yang dikatakan masih kekal dengan budaya mengenakan denda ratusan ribu sedangkan pada masa sama, persatuan negeri terpaksa berhempas-pulas mendapatkan dana.
Mengulas perkara itu, Tengku Abdullah berkata, semua tindakan yang dilakukan FAM adalah mengikut peraturan yang dipersetujui Kongres FAM sebelum ini.
"Ini semua peraturan yang dipersetujui Kongres FAM, kita bertindak berlandaskan peraturan dalam FAM dan kalau ia di luar peraturan saya sendiri tidak bersetuju.
"Jadi saya harap kita sama-sama perbetulkan perselisihan faham ini terutama dalam suasana Syawal ini dan buatlah rayuan untuk dipertimbangkan, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan," katanya.
# Sumber
SILA KLIK ==> MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan