Halaman

Sokerspot

Ahad, 16 Ogos 2015

Jauhi 3 perkara demi kebahagiaan rumahtangga


Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bila sudah terkena, teramatlah sukar untuk mengubatinya. Jikalau sembuh sekalipun akan tetap meninggalkan kesan. Kalau tak banyak, sikit. Umum mengetahui bahawa penyakit kencing manis telah mengorbankan sejumlah besar anggota badan badan manusia. Mencegah di peringkat awal akan mengalakkan ia terus membarah.

‘Anai-anai’ hampir tidak kelihatan, tetapi jika ia dibiarkan, lambat laun nanti rumah akan mereput dan roboh. Oleh itu, sebelum anai-anai ini terus merosakkan, maka eloklah kita mencegahnya dari awal atau sekurang-kurangnya meminimakan kerosakannya. Begitu juga dalam hubungan seharian antara suami isteri. Antara virusnya ialah :


1. Hidup berumahtangga tanpa pengisian kehidupan Islam.

Hidup umpama cerita di dalam komik sahaja. Makan, tidur, bekerja dan melancong sahaja. Tiada langsung pengisian kerohanian. Solat diabaikan, masjid dijauhi, majlis ilmu langsung tak dengari..muhasabahlah diri, beramal berdasarkan Islam. Cerminlah diri kita, apa perubahan dan perkembangan positif dalam diri kita sejak lima tahun lalu. Ada perubahan? Jika tiada, malang sekali. Jika ada, alhamdulilah. Kita berada di landasan yang betul.


2. Suka mencari kesalahan atau kelemahan pasangan.

Terlalu sukar mencari titik persamaan dan kelebihan pasangan. Cemburu yang keterlaluan dan bersangka buruk terhadap pasangan. Sukar untuk mendengar penjelasan dan sentiasa menganggap segala tindakan dirinya adalah betul dan benar.

3. Suka membandingkan keadaan rumahtangga kita dengan orang lain

Membandingkan dari sudut ‘lebih orang, kurang kita’. Perkara ini amat kerap terjadi. Suka akan melihat nikmat yang ada pada orang lain dan tidak mensyukuri nikmat yang kita sedang miliki.  Mulakan dari sekarang, berubah dengan melihat dan mensyukuri nikmat yang ada pada kita dan jangan sekali pun dengki dengan nikmat yang ada pada orang lain. Kerana setiap kurniaan nikmat itu, akan ada juga nikmat lain yang ditarik daripada kita. Perhatikan! bila dapat nikmat duit lebih, mungkin nikmat masa lapang akan ditarik, mungkin nikmat kesihatan hilang, atau mungkin nikmat ketenangan tiada lagi.

Oleh itu, Hindari semua perkara yang negatif ini. Insya Allah anda akan berbahagia selamanya. Sekiranya tidak dihindari, tunggulah saat kehancuran. Peringatan juga untuk diri ini yang terkadang terlalai dan leka.

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan