Halaman

Sokerspot

Ahad, 16 Ogos 2015

Panas!!! Luahan marah band indie dengan Goodbye Najib


Suhu politik yang sentiasa panas ketika ini memberi ilham kepada sebuah kumpulan muzik indie NOA meluahkan perasaan mereka melalui lagu.

Tanpa perlu menggunakan sebarang lirik, ciptaan instrumental itu diberi judul Goodbye Najib dicipta sebelum pilihan raya umum lalu lagi, namun dimuat naik di YouTube baru-baru ini kerana dianggap sesuai dengan keadaan semasa.

Salah seorang pemuzik NAO, Tat Mo berkata, antara lain lagu itu menyampaikan mesej mengenai rasa gelisah dan marah rakyat kepada gejala rasuah di negara ini.

Ditanya kemungkinan dikenakan tindakan kerana menggunakan nama perdana menteri, Tat Mo berkata, dia tidak takut terhadap risiko itu.

"Sebagai seniman, kita perlu mencerminkan isu semasa menerusi seni ciptaan kita," katanya.

# Sumber

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan