Halaman

Sokerspot

Isnin, 3 Ogos 2015

Penaja utama Kelantan terkejut.


ANCAMAN Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa untuk menarik diri daripada menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengejutkan banyak pihak termasuk penaja utama The Red Warriors (TRW), ChengalJati Sdn Bhd.


Pengarah Urusannya, Datuk Ir Shaari Hassan berkata, beliau secara peribadi agak terkejut dan pastinya tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana keputusan tersebut melibatkan sebuah pasukan.

“Selaku penasihat dan penaja utama TRW, secara peribadinya saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut (ancaman tarik diri) kerana saya melihat, perkara ini masih boleh dibincangkan.

“Bila kita keluar (tarik diri), ia akan beri kesan kepada rakyat Kelantan yang sangat meminati bola sepak. Jadi, saya sedia berbincang memandangkan kedudukan pasukan kita agak kuat dan pemain juga ada kekuatan,” katanya pada sidang akhbar sempena
Majlis Hari Raya Aidilfitri ChengalJati, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Annuar seperti dipetik dalam laman Facebooknya, Khamis lalu, yang membayangkan kesediaannya untuk tidak menyertai pertandingan anjuran FAM setelah tidak mampu menanggung beban mengurus TRW.

Nada kecewa Presiden Kafa itu dikatakan berkait rapat dengan keputusan FAM yang mengarahkan pihak Kafa menjelaskan tunggakan gaji berjumlah RM636,000 kepada bekas jurulatihnya, Steve Darby, baru-baru ini.

Menurut Shaari, beliau yakin perkara tersebut mampu diselesaikan sekiranya dimajukan pihak berkenaan termasuk FAM serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Perkara ini berlaku kerana kita (Kafa) banyak tunggakan, namun saya rasa perkara ini boleh diselesaikan jika dimajukan kepada FAM dan KBS demi untuk kepentingan pasukan, bukannya kepentingan individu.

“Kita mahu anak muda dapat beri tumpuan kepada sukan bola sepak, sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada perkara negatif,” katanya

# Sumber

SILA KLIK ==>  MADU TUALANG TULEN UNTUK DIJUAL

Ads

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan