Halaman

Sokerspot

Rabu, 30 Disember 2015

Cara berkesan bagi suami puaskan isteri ketika hubungan intim

Komunikasi suami isteri yang berkesan akan mewujudkan rasa cinta yang berpanjangan. Komunikasi ini tidak hanya wujud dalam perbualan seharian tetapi juga wujud apabila berada di ranjang. Komunikasi ini akan memberi kesan cinta yang berkekalan jika suami isteri memainkan peranan masing-masing.

Berikut adalah antara kaedah yang berkesan untuk suami puaskan isteri semasa hubungan intim :

AKSI BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI


Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri di atas, sambil duduk, sambil mengiring, sambil berdiri, mencangkung atau menonggeng (popularnya doggy , agaknya kot), dari arah belakang, atas kerusi, dan sebagainya. Semuanya adalah sekadar untuk bertukar selera sekali sekala dan bukanlah untuk dijadikan sebagai tabiat kerana kemungkinan semua posisi yang tersebut tidak mendatangkan keselesaan pada isteri (ini bergantung kepada bentuk tubuh isteri). Oleh itu posisi yang normal adalah suami di atas dan isteri di bawah adalah paling digalakkan.

Merujuk kitab At Tibun Nabawi ada disebutkan bahawa dalam banyak-banyak posisi persetubuhan, suami di atas dan isteri di bawah adalah paling ideal dan paling baik dari segala posisi yang ada. Bagi posisi suami di bawah isteri di atas adalah sangat merbahaya. Ini disebabkan apabila inzal, air mani suami tidak habis keluar dan cecair yang ada dalam liang rahim isteri mudah mengalir atau menyerap masuk ke lubang kencing suami. Ini merbahaya kerana akan mendedahkan dan memudahkan jangkitan kuman-kuman yang ada.

Namum tambah kitab itu lagi, posisi persetubuhan tidaklah terbatas kerana terdapat hadis riwayat Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

    ” Apabila seseorang itu berjimak, boleh saja ia bertelungkup (suami di atas, isteri di bawah) atau tidak bertelungkup. Apa yang utamanya ialah memasukkan zakarnya pada qubul (kemaluan) isteri dan tidak pada lubang duburnya. Kerana pada qubul dapat menghidupkan benih dan menghasilkan anak. ”

Hadis di atas menjelaskan , bahawa tidak salah bersetubuh dalam pelbagai posisi kerana yang utamanya ialah perlaksanaanya tepat, pada farajnya dan matlamatnya ialah untuk menghasilkan anak.


PETUA MENCAPAI NIKMAT PERSETUBUHAN


Orang tua-tua dulu ada memberikan panduan asas persetubuhan iaitu ia hendaklah dilakukan dengan 2 cara:-

1. Hendaklah dilakukan dengan 7 anggota (bagi pihak suami). 2 siku, 2 lutut dan 2 hujung jari kaki hendaklah menyentuh bumi atau lantai dan 1 kemaluan bertemu dalam kemaluan isteri.

2. Hendaknya dada bertemu dada, pusat bertemu pusat, perut bertemu perut dan wajah suami bertemu rapat wajah isteri.

Selain dari kaedah di atas, ada kemungkinan ianya tidak akan mendatangkan nikmat yang sempurna kepada pasangan. Mungkin pihak suami yang tidak puas atau mungkin isteri yang tidak puas. Sedangkan tujuan bersetubuh adalah untuk merasai nikmat bersama.

KERJASAMA ANTARA SUAMI ISTERI


Kerjasama antara suami isteri memainkan peranan amat penting untuk mencapai kepuasan hubungan intim. Tidak kira walau apa posisi sekalipun, jika tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak semasa bersetubuh, kenikmatan tidak akan dapat dirasai semaksimum mungkin . Oleh itu, pertimbangan dan kreativiti suami isteri dalam memberikan kerjasama amat-amat diperlukan.


TEKNIK-TEKNIK BERSETUBUH :


1- Teknik Goyangan


Teknik ini mampu untuk melambatkan inzal (terpancut mani) dan memberikan kenikmatan kepada kedua-dua belah pihak, boleh juga menambahkan kekuatan dan ketahanan zakar. Goyangan yang tersusun dan terkawal mampu untuk membolehkan pihak suami mengawal inzal seberapa lama yang dia mahu sehingga isteri benar-benar telah mencapai kepuasan sebenar. Cara-cara goyangan ialah seperti berikut:-


a. Goyangan Jongket

- Bahagian tubuh suami ke atas sedikit sehingga batang zakar kelihatan bengkok. Teknik ini akan memberi geseran kuat batang zakar kepada kelentit isteri. Ini akan percepatkan isteri inzal dan memberi nikmat yang tiada taranya pada isteri. Tanda isteri mencapai kenikmatan ialah nafas isteri kencang dan suara renggekannya kuat.

b. Goyangan Sabar

- Mengoyang dengan perlahan ketika memasukkan zakar. Tetapi bila menarik, tarik dengan cepat hingga kepala zakar hampir terkeluar. Teknik ini mampu untuk melambatkan pancutan air mani suami dan isteri lebih terasa kenikmatan dan mempercepatkan inzal isteri.

c. Goyangan Hitung

- Semasa menggoyang, lakukan 40 kali secara lambat dan diikuti 40 kali secara cepat. Lakukannya secara bergilir-gilir. Cara ini mampu menjadikan isteri berasa khayal , kerana ombak goyangan umpama ombak kapal di lautan. Tanda isteri berasa khayal ialah matanya kuyu dan dipejamkan.

d. Goyangan Henti

- Goyangan secara berselang seli dan rehat sejenak. Goyang 3 kali kemudian berhenti, selepas itu goyang lagi dan berhenti. Goyangan begini mampu menjadikan isteri tersentak-sentak kelazatan. Tanda isteri kelazatan ialah nafas dan suaranya bagai tersekat-sekat. Bila berhenti, ia akan menghembus nafas panjang.

e. Goyangan Kekasih

- Isteri melakukan goyangan dan suami mendiamkan diri. Teknik ini dapat membantu melambatkan  suami inzal dan banyak memberi kerehatan pada suami. Sangat sesuai untuk diamalkan bagi suami yang mudah terpancut awal. Suami pula janganlah berdiam diri sahaja, lakukan perkara lain seperti mencium isteri, meramas payudara isteri atau menghisap puting susu isteri atau pun mengikut selera isteri. Sekiranya isteri hampir terpancar air maninya, hendaklah dia memaklumkan kepada suami agar lakukan goyangan bersama dan supaya sama-sama serentak terpancar air mani.

f. Goyangan Berpasangan

- Suami lakukan goyangan dahulu kemudian berhenti. Setelah itu isteri pula yang menggoyang dan berhenti. Lakukannya secara bergilir-gilir. Boleh juga bergoyang secara serentak atau suami menggoyang ke atas dan ke bawah dan  isteri pula menggoyang ke kiri dan kanan. Teknik ini perlukan kesepakatan serta kerjasama.

g. Goyangan dan Geselan Kepala Zakar

-Goyangan dilakukan dengan menggunakan kepala zakar. Tekniknya ialah masukkkan zakar sampai ke takuknya supaya kepala zakar berada di permukaan kemaluan isteri dan disamping itu kenakan kepala zakar pada kelentit isteri. Ini disebabkan kebanyakan kelazatan perempuan banyak terhimpun di bahagian permukaan faraj dan paling khususnya ialah pada kelentitnya. Bergoyanglah hanya sampai takuk sahaja dan sekali sekala ditusukkan zakar sampai habis dan tarik semula. Teknik ini juga mampu melambatkan suami inzal .Tusuk zakar dengan perlahan-lahan dan apabila ditarik, tariklah dan rentap cepat-cepat dan tusuk kembali secara perlahan-lahan dan begitulah seterusnya.

Sebaiknya suami yang melakukan teknik goyangan supaya mudah untuk mengawal ghairah. Bila suami terasa akan kegelian dan hendak inzal, hentikan goyangan sebentar. Semasa berhenti, suami hendaklah meneruskan ciuman dan rabaan di tempat-tempat sensitif isteri supaya ghairahnya berterusan.


2. Teknik Nafas Songsang


a. Semasa suami melakukan goyangan, hendaklah goyangan tersebut berlawanan dengan keluar masuk nafas isteri. Nafas isteri keluar, zakar suami masuk dan apabila nafas masuk zakar ditarik keluar. Begitulah seterusnya

b. Untuk ketahui bila waktunya nafas isteri keluar, bila kempis perutnya dan tanda nafas isteri masuk pula ialah perut seakan buncit. Teknik ini mampu menahan air mani dan banyak pula kelebihannya.


3. Teknik Menahan Nafas


a. Semasa mula memasukkan zakar, tahan nafas sehingga tenggelam semua zakar. Tahan nafas sebentar, kemudian baru lepaskan nafas.

b. Semasa melakukan goyangan sorong tarik, tahan nafas dan apabila hendak melepaskan nafas, hentikan goyangan. Teruskan begitu. Petua ini mampu untuk melambatkan keluarnya air mani.

c. Lipatkan lidah di lelangit mulut dan niatkan, selagi tidak turun lidah selagi itu tidak akan terpancar air mani. Apabila hendak mencium dan menghisap lidah isteri, hentikan sebentar goyangan.


4. Teknik Berpakat


- Perkara yang paling penting untuk melambatkan inzal atau inzal serentak kedua-duanya ialah suami isteri hendaklah berpakat. Apabila suami terasa hendak inzal, suami hendaklah berhenti mengoyang. Jika isteri masih mengoyang minta isteri berhenti sebentar. Demikianlah juga dengan pihak isteri, jika isteri ingin inzal bersama, maklumkan kepada suami agar sama-sama inzal serentak.

- Teknik kerjasama ini hanya boleh terjadi jika suami dan isteri saling menyintai dan tiada rasa segan atau malu serta saling berusaha untuk mencapai kepuasan nafsu yang maksimum secara bersama.


5. Tidak Lupakan Allah


- Pada ketika bersetubuh, jangan biarkan diri anda terleka dari mengingati Allah. Apabila pancutan air mani terjadi, hendaklah ia berlaku sambil anda mensucikan diri dengan kalimah Allah. Berzikirlah dalam HATI semasa berstubuh. Ia bertujuan supaya fikiran dan perasaan suami isteri dapat menumpukan pada keagungan Allah. Dari segi psikologinya, ia akan dapat memberi anda keupayaan untuk mengawal dan mengemudikan persetubuhan suami isteri. Insya Allah anak yang akan dilahirkan nanti sukar mendapat penyakit sawan.


6. Baca Doa Ketika Inzal.


- Pada ketika inzal, bacakanlah doa di dalam HATI dan elakkan membaca secara lisan atau mengerakkan kedua bibir. Ini disebabkan anda adalah dilarang menyebut nama Allah dalam keadaan berhadas besar. Tetapi menyebut di dalam hati tidaklah dilarang.

Doanya adalah seperti yang berikut:-

    ” Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan, seperti mentua, menantu,ipar dan lain lain). Dan adalah Tuhan-mu Maha Berkuasa ”

Surah – AL Furqan ayat 54

Ada pula fatwa yang menganjurkan pada ketika inzal, hendaklah diucapkan ”La ilahaillah Muhammadur Rasulullah“ dan dibaca di dalam hati, bukan dengan berlafaz. Ini bertujuan untuk mengislamkan benih-benih yang mula untuk menjadi zuriat. Kebiasaannya apabila anak baru lahirkan, orang cuma mengazankan atau memperdengarkan kalimah syahadah. Tetapi terdapat juga pendapat yang menganjurkan supaya kita mengislamkan zuriat kita sejak ketika benihnya lagi iaitu pada ketika keluarnya air mani dengan mengikut kaedah seperti yang diatas.

Ketika menyebut ”La ilahaillah Muhammadur Rasulullah“ di dalam hati, hendaklah ia disertai dengan niat agar anak yang bakal lahir nanti akan menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi insan yang mulia budi pekertinya. Antara pesanan pemberi petua ini ialah:-

    ” Manusia ketika beribadah ingat akan allah, tetapi dalam berjimak lalai pada Allah. Padahal jimak itu hendak mengeluarkan benih suci yang mana pihak lelaki tempatkan selama 40 hari di dalam rahim isterinya. datangnya dengan kalimah, keluarnya dengan kalimah. Bezakan jimak kamu dengan jimak haiwan dan jimak orang yang kafir. Juga dengan jimak orang -orang yang jahil yang berjimak semata-mata memuaskan nafsunya. “

7. Mengesat Serta Meramas


- Sebaik sahaja isteri selesai bersetubuh dan sebelum membasuh kemaluannya, isteri hendaklah mengesat kemaluan suami dengan kain tuala atau tisu. Teknik ini mampu mengharmonikan rasa kasih suami isteri dan suami akan terasa nikmat pada ketika mengesat itu, isteri juga hendaklah mengusap dan meramas-ramas serta mengurut-urut dengan perlahan zakar suami.

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan