Halaman

Sokerspot

Rabu, 9 Disember 2015

Cukuplah, jangan naik lagi : KJ


Kerajaan tidak perlu menghapuskan tol lebuh raya di negara ini tetapi cukuplah jika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menaikkan kadar bayaran tol tersebut serta beberapa kenaikan lain.

Ini kerana, menurut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, rakyat sudah tidak lagi dapat menerima apa yang berlaku hari ini.

“Kami tidak minta dimansuhkan itu dan ini, tetapi pemuda ingin memberitahu kepimpinan parti dan kerajaan - cukuplah! Hentikan semua kenaikan ini. Jangan ada kenaikan lagi,” kata Khairy ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Justeru, anggota Parlimen Rembau itu mengingatkan pentadbiran Umno-BN akan Aku Janji BN sebelum ini. “Saya selaku Ketua Pemuda Umno mengingatkan kabinet tentang Aku Janji BN.

Kalau terpaksa naikkan tol, jangan sampai tol antara bandar seperti Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur dinaikkan. Itu janji kita.

“Dan pada hari ini saya ingin tegaskan, pemuda bantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk dua lebuh raya antara bandar ini, mahupun mana-mana lebuh raya sekalipun,” tegas Khairy.

# Sumber : malaysiakini

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan