Halaman

Sokerspot

Ahad, 13 Disember 2015

Hina Kerabat Diraja Johor, pengganggur ditahan

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur berusia 31 tahun ditahan polis awal pagi tadi selepas memuat naik kenyataan menghina kerabat Diraja Johor selain mengaku dirinya tuhan dan Nabi Muhammad.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata lelaki berkenaan ditahan di kediamannya di Larkin Jaya dekat sini, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit milik suspek bagi membantu siasatan. "Suspek akan ditahan reman empat hari dan polis akan membuat satu lagi permohonan reman kepada mahkamah berhubung satu lagi kes sama dilakukan suspek pada 7 Disember lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

# Sumber : Berita Harian

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan