Halaman

Sokerspot

Ahad, 20 Disember 2015

Kebaikan melakukan hubungan intim ketika isteri hamil


Apabila isteri telah disahkan hamil, terutamanya hamil anak pertama, sudah pasti pasangan akan berasa amat bahagia. Tetapi di dalam kegembiraan menanti kehadiran cahaya mata mereka, pasangan suami isteri diselubungi rasa takut untuk melakukan hubungan intim.

Mereka bimbang jika melakukan hubungan intim, ia mungkin akan menjejaskan kandungan. Hakikatnya, hubungan intim semasa hamil adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai banyak kebaikan kepada ibu, bapa dan juga bayi di dalam kandungan.

1.Adalah biasa bagi ibu yang sedang mengandung mengalami kekejangan dan sakit kepala yang melampau. klimaks atau puncak nikmat  semasa melakukan hubungan intim sebenarnya mampu membantu untuk mengurangkan rasa sakit-sakit tersebut.

2.Kajian menunjukkan hubungan intim ketika mengandung mampu untuk menambah bekalan darah ke bahagian faraj dan rahim. Ini adalah amat baik untuk anak di dalam kandungan.

3.Hubungan intim semasa hamil boleh mengukuhkan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri sehingga ada pendapat yang menyatakan bahawa suami akan jauh lebih mengenali dan memahami isteri secara zahir dan batin.

4.Jika pasangan melakukan hubungan intim ketika hampir dengan tarikh bersalin, ia mampu untuk melembutkan serviks serta akan membantu untuk memudahkan proses bersalin nanti.

5.Emosi wanita hamil tidak stabil disebabkan oleh hormon yang berubah secara drastik . Hubungan intim bersama suami boleh menyelesaikan masalah ini serta mampu memperbaiki kesihatan mental isteri.

6.Ia juga mampu untuk membantu tumbesaran janin dalam kandungan serta mengelakkan terjadinya kelahiran pramatang.

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan