Halaman

Sokerspot

Selasa, 22 Disember 2015

Kerat 12 pembunuh bapa


NEW DELHI: Anak kepada mangsa pembunuhan di India mengaku menikam pembunuh bapanya sehingga mati dan mengerat mayat itu kepada 12 bahagian sambil mendengar muzik.

Alam Khan berkata, 12 bahagian itu bermakna satu untuk setiap tahun sejak bapanya dibunuh.

Khan berusia 12 tahun apabila melihat bapanya dibunuh seorang rakan keluarga mereka pada 2003. Beliau merancang membalas dendam secara diam sejak kejadian itu dan berpeluang melaksanakan rancangannya minggu lalu apabila pembunuh itu menjemputnya minum.

Katanya, selepas membuatkan Mohammad Rais mabuk di rumahnya di Uttar Pradesh, Khan menikam mangsa sehingga mati sebelum menggunakan penukul dan gergaji besi untuk memotong mayat lelaki itu.

Khan dan rakan subahatnya kemudian memasukkan bahagian tubuh itu ke dalam beg plastik dan membuangnya ke dalam sungai. Apabila beg itu dihanyutkan ke tebing sungai, polis mengenal pasti Rais berdasarkan parut pembedahan pada perutnya.

Sumber : bharian

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan