Halaman

Sokerspot

Isnin, 21 Disember 2015

Lelaki tunjuk isyarat lucah kepada Sultan Johor ditahan


Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun selepas menunjukkan isyarat lucah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Kilometer 95, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Yong Peng di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, lelaki terbabit yang dipercayai menaiki Perodua Viva berbuat demikian ketika Sultan Johor dalam perjalanan dari Muar, dekat sini menuju ke Johor Bahru.

Difahamkan, beberapa pegawai dan anggota polis yang mengiringi Sultan Johor ketika itu menahan lelaki terbabit sebelum diserahkan di Balai Polis Ayer Hitam, di sini untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, ketika dihubungi sebentar tadi, mengesahkan kejadian berkenaan. Beliau berkata, lelaki terbabit kini ditahan reman selama empat hari dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 dan 509 Kanun Keseksaan.

Sumber : bharian

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan