Halaman

Sokerspot

Isnin, 28 Disember 2015

Pelawak Jepun Curi Skirt Pelajar Demi Puas Nafsu

TOKYO – Polis Jepun pada Sabtu berjaya cekup seorang pelawak popular negara itu, Kenichi Takahashi, 44 tahun; yang disyaki mencuri puluhan pakaian seragam pelajar perempuan untuk memuaskan nafsu fantasi seks dirinya.

Aktor komedi terkenal itu merupakan anggota duo kumpulan King of Comedydan mereka pernah memenangi pertandingan tahunan kebangsaan King of Contest pada 2010 yang disertai pelbagai kumpulan lawak tempatan.
Menurut laporan media Jepun, pihak polis menemui sejumlah 70 beg plastik besar mengandungi puluhan uniform pelajar perempuan khasnya blazer dan skirt dari beberapa buah sekolah menengah sekitar bandar raya Tokyo.

Lebih mengejutkan, para penyiasat turut mengesyaki ada sebilangan pakaian terbabit yang dicuri dari sekolah-sekolah di mukim Saitama dan Kanagawa berdasarkan kepada kepelbagaian logo institusi terlibat sendiri.

Sumber : mynewshub

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan