Halaman

Sokerspot

Jumaat, 18 Disember 2015

Proton idea yang bermasalah berbanding 1MDB


Berbanding dengan Proton, firma pelaburan 1MDB, idea bermasalah cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah ancaman jauh lebih kecil, kata sebuah portal pro-Umno.

Dari segi model perniagaan yang tulen, Mykmu.netmenyifatkan idea Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan Malaysia sebagai negara pembuat kereta sudah hancur lebih teruk dari MDB.

“Kegagalan 1MDB mungkin hanya akan merugikan kerajaan beberapa bilion. Kerajaan lebih banyak rugi dalam isu Proton, Perwaja, Forex dan MAS berbanding 1MDB,” katanya.

Bagi Najib, portal itu berkata "kesilapan terbesar" perdana menteri adalah bersetuju dengan permintaan Mahathir agar Proton dijual kepada tokoh perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari.

Najib, kata artikel itu sepatutnya membenarkan idea Proton diambil alih oleh syarikat kereta yang sudah terkenal dengan syarat mengekalkan vendor dan pekerja sedia ada.

Jika ini dilakukan, Mykmu berkata, sungguhpun negara menutup jenama Proton namun industri automotif negara kekal berkembang dan industri-industri hiliran Proton kekal mempunyai perniagaan.

“Malangnya, Najib tiada keberanian politik menolak cadangan Mahathir kerana tidak mahu dituduh sebagai perosak jenama Proton,” katanya.

Menurut portal itu, walaupun Proton ditutup sekarang, Syed Mokthar masih akan mendapat keuntungan kerana aset, terutamanya tanah yang dimiliki oleh Proton, teknologi dan rangkaian perniagaan sedia ada akan kekal milik jutawan itu.

“Namun apabila ini berlaku kerajaan akan menanggung beban politik besar dari segi ekonomi, pekerjaan dan industri automotif,” katanya.

Artikel di Mykmu itu adalah berdasarkan surat terbuka kepada Mahathir, yang juga adalah pengerusi Proton daripada vendor yang dikatakan tidak berpuas hati dan disiarkan dalamMalaysia Today.

Portal berkenaan berkata, walaupun bekas perdana menteri itu tidak salah dalam melaksanakan idea untuk mengeluarkan kereta, malangnya, Proton dari segi pembangunan teknologi dan automotif tidak lagi boleh diselamatkan.

“Malangnya, Proton dari segi pembangunan teknologi dan perkembangan automotif sudah berada di tahap tidak dapat diselamatkan lagi.

“Ia hanyalah satu industri tempatan yang masih bertahan kerana perlindungan kerajaan dan patriotisme rakyat,” katanya.

# Sumber : malaysiakini

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan