Halaman

Sokerspot

Khamis, 24 Disember 2015

Sebab lelaki tidak boleh pakai emas

Zarah yang wujud dalam emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori-pori dan masuk ke dalam darah manusia.

Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yang tidak dibuang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti anak kecil.

Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah Charles Bronson, Ralph Waldo Emerson, Ronald Reagan dan Sugar Ray Robinson.

Akan tetapi, mengapa Islam membolehkan wanita untuk memakai perhiasan emas?

Jawapannya adalah.. "Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi."

itulah sebabnya Islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.

Itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad S.A.W. lebih 1400 tahun yang lalu walaupun beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dalam satu hadis, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yang kecil.
Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahawa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya.
(HR. Bukhari & Muslim) Wallahua'lam

KESIMPULANYA:

Sekiranya lelaki tetap memakai perhiasan emas, akan mendatangkan mudarat kepada tubuh dalam jangkamasa panjang.

Apabila kaum wanita memakai emas dan tidak mendatangkan mudarat kerana orang perempuan ada kitaran haid dan atom/zarah emas tersebut akan dibuang setiap bulan melalui kitaran haid.

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan