Halaman

Sokerspot

Sabtu, 19 Disember 2015

Sultan Johor pegang 15 peratus saham U Mobile


KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meningkatkan pegangan saham baginda dalam syarikat telekomunikasi, U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) sebanyak 5 peratus dari 10 peratus kepada 15 peratus.

Pengerusi U Mobile Tan Sri Vincent Tan berkata pihaknya berbesar hati dengan penambahan saham baginda dan menunjukkan keyakinan tuanku terhadap masa depan U Mobile.

Beliau juga percaya dengan nasihat, kebijaksanaan dan pengalaman yang luas dari Sultan Ibrahim mampu menyumbang kepada pembangunan positif syarikat.

U Mobile, sebelum ini menerima pengiktirafan penyedia internet terpantas dari Ookla iaitu pengukur kelajuan rangkaian yang dimiliki oleh sesuatu penyedia perkhimatan internet.

Sumber : johortimes.my

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan