Halaman

Sokerspot

Rabu, 30 Disember 2015

Tekad kembali selepas 4 tahun penggantungan

Jaguh bina badan negara, Sazali Samad akhirnya buka mulut sejak disahkan  positif steroid, minggu lalu.

Apa yang menarik, dia tidak akan bersara walaupun digantung 4 tahun dan sedia buat penampilan semula pada 2019.

"Dalam masa seminggu, boleh dikatakan jiwa saya lebih tenang ketika bercuti bersama keluarga saya dan mungkin ada hikmah disebaliknya,"

"Saya perlu hidup seperti orang lain juga walaupun kemana saya pergi, penyokong masih mahu bergambar dengan saya dan itu memberi semangat yang cukup besar untuk menghadapi semua ini,"

Menurut Sazali, dia masih dipandang seperti Mr Universe yang telah banyak berjasa untuk negara bukan sebaliknya.

"Alhamdulillah, orang masih kenal Sazali Samad dan saya amat menghargai sokongan penuh yang diberi penyokong dan keluarga terutama sekali isteri saya"

Sazali mendedahkan bahawa dia masih menjalankan rutin yang sama ketika berlatih dan beri jaminan akan kembali mengharumkan nama Malaysia sebaik sahaja penggantungannya selama 4 tahun tamat pada 2019.

"Saya masih meneruskan perjuangan saya dan tidak ada perkataan 'bersara' dalam hidup saya. Saya akan cuba memantapkan otot saya dalam masa empat tahun ini"

Sazali Samad gagal ujian doping selepas Sampel A yang dianalisis Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) didapati mengandungi steroid pada awal Disember. Mr Universe 10 kali ini tidak mahu mengemukakan Sampel B, sekaligus keputusan itu kekal dan dia dijatuhkan hukuman penggantungan selama 48 bulan.

Sazali Samad yang dianggap lagenda dalam sukan bina badan. kejayaannya meraih gelaran Mr Universe sebanyak 10 kali menyaksikan dia pernah diangkat olahragawan kebangsaan sebanyak 4 kali.

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan