Halaman

Sokerspot

Khamis, 23 Jun 2016

Datuk Vida ingin bida plat VIP 1 dan VIP 6

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman bercita-cita untuk membida nombor pendaftaran ekslusif VIP 1 dan VIP 6 untuk kereta mewah Bugatti Veyron buat anak lelakinya yang berumur 9 tahun.

Jutawan itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah bidaan yang akan dibuat untuk dua nombor itu.

Kosmo! melaporkan, Vida berkata anaknya, Muhammad Eric Zaquan meminati kereta lumba mewah itu, yang juga merupakan antara kereta mewah yang terlaju di dunia.

Kereta itu boleh 'pergi' 407 km/j dan dijual dengan harga AS$3.6 juta (RM14.5 juta) dan hanya 150 buah sahaja kereta itu wujud di dunia.

“Muhammad Eric melakukan carian sendiri di komputer terhadap kenderaan tersebut sebelum menyuarakan impiannya itu kepada saya mengenai kereta sport berkenaan.

“Jadi saya melihat nombor pendaftaran VIP ini uni dan bersesuaian sekiranya dapat diletakkan pada Bugatti Veyron yang diminati anak saya,” katanya

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan