10
Amalan Untuk Dilimpahkan Rezeki:
1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
Ibu bapa mempunyai darjat yang
tinggi di sisi ALLAH s.W.T. Mereka jugalah yang membesarkan, mengasuh serta
mendidik kita menjadi orang
berjaya. Mereka memelihara kita tanpa diminta balasan walaupun sedikit.
berjaya. Mereka memelihara kita tanpa diminta balasan walaupun sedikit.
Firman Allah bermaksud :
“Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya serta berbuat baiklah kepada Ibubapa.” (Surah An-Nisa ayat 36)
“Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya serta berbuat baiklah kepada Ibubapa.” (Surah An-Nisa ayat 36)
Bila kita selalu taat pada ibu bapa,
INSYAALLAH, banyak rezeki yang bakal kita dapat sebagai anak iaitu mungkin
rezeki kejayaan dalam pembelajaran.
Keredhaan Allah terletak pada
keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.
(Hadith Sahih riwayat al-Tirmizi)
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
Perkara ini perlulah ditegah sesama
saudara-mara. Bila kita dalam keadaan bergaduh, secara tidak langsung kita
telah memutuskan sillaturrahim dengan saudara kita.
Memutuskan sillaturrahim adalah satu
perbuatan dosa besar. Bila kita bergelumang dengan dosa besar, mana mungkin
kita akan dilimpahkan rezeki dengan mudah akibat memutuskan sillaturrahim.
Minta dijauhkan daripada perkara
ini. Jikalau ada salah faham, cuba berbincang dengan baik. Setiap Penyelesaian
ada masalahnya kecuali maut.
3. “Tidak akan papa kedana orang
yang pergi menunaikan haji..”
Sedangkan ianya sudah termaktub
dalam Rukun Islam yang mewajibkan kepada Umat Islam yang berkemampuan untuk
pergi menunaikan haji.
Banyak fadhilatnya jika kita
menunaikan haji antaranya doa kita akan dimakbulkan, rezeki bertambah dan
sebagainya.
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
Sabda Nabi saw : Solat sunat
Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak
ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
Kebanyakan remaja sekarang selepas
solat subuh terus tidur tanpa melakukan aktiviti seperti mambaca al-Quran. Perkara
ini tak digalakkan dalam Islam.
Antara keburukkan tidur selepas
solat Subuh ialah tidak mendapat berkat di dalam waktu dan amalannya, akan
menyebabkan kemalasan dan tidak bersemangat, melemahkan syahwat dan menghalang
rezeki untuk datang.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
Banyak kelebihan jika kita selalu
membaca surah al-Waqiah antaranya ialah tidak akan ditimpa kemiskinan dan
dipermudahkan rezekinya. Jadikan amalan membaca Surah Waqiah sebagai rutin
harian.
7. Senyum.
Jika kita berwajah manis ditambah
pula dengan senyuman, kita telah memberi kegembiraan kepada rakan-rakan yang
lain dengan senyuman kita.
Senyum itukan sedekah
INSYA ALLAH, jika kita selalu
senyum, muka akan nampak seperti awet mudah malah dipermurahkan rezeki kita.
8) Sedekah.
Jarang kita dengar apabila orang
bersedekah, mereka akan ditimpa kemiskinan. Tetapi sebaliknya yang berlaku
iaitu rezeki semakin bertambah dengan bersedekah.
Firman Allah SWT maksudnya :
“Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan
harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali
kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari
keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)
Cuba latih diri sendiri untuk
bersedekah dengan mendermakan duit walaupun seringgit di Masjid. Jadikan
sebagainya tabiat.
9. Rezeki ada dalam perkahwinan.
Kepada mereka yang ingin berkahwin,
jangan melengah-lengahkan perkahwinan. INSYA ALLAH, akan dipermudahkan urusan
dalam perkahwinan dan rezeki pun semakin bertambah apabila kita sudah
berkahwin.
Sebaliknya, berkemungkinan Allah
akan tutup pintu rezeki kita dengan sesempit-sempitnya, jika kita
melengah-lengahkan perkahwinan hanya kerana ingin mengejar impian keduniaan
dahulu.
“Semasa bayi itu lahir, ada 4
perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun
kepada ibu bapanya”
Tetapi masih ramai orang yang
membuang anak dan membiarkan anak itu mati tanpa belas kasihan. Tidak bersyukur
dengan kurniaan ALLAH S.W.T. Ini bermakna mereka telah membuang rezeki bersama
anak tersebut.
***********************************
Itulah serba sedikit 10 amalan atau
pintu bagi mendapatkan rezeki yang murah. Semoga dapat dimanfaatkan serta
dilakukan bersama dalam kehidupan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan