Halaman

Sokerspot

Selasa, 9 Jun 2015

Biar Betul??!! Kumpulan XPDC dihina oleh penganjur konsert.

Kumpulan XPDC memang satu kumpulan yang sangat popular pada suatu ketika dahulu.. Pada sabtu lalu, dorang ada buat konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini.. Tapi dengar cerita konsert tu tak berjalan seperti yang dirancang..


Macam-macam konflik dalaman dan kontroversi melanda kumpulan dorang.. Konsert tu ditunda lebih dari satu jam kot..

GC Tea

Menurut vokalis kumpulan iaitu Mael, masalah yang berlaku kat konsert tu bukan salah kumpulan XPDC.. Tapi punca semuanya dari pihak penganjur, DuaLaris Event.. Dah suruh orang buat persembahan, baki bayaran tak nak bayar seperti yang dijanjikan dengan kumpulan XPDC..

“Sebelum sidang media konsert ini lagi saya sudah tekankan pada penganjur bahawa saya mahu bayaran penuh dijelaskan sebelum saya bersama ahli-ahli lain mengadakan persembahan. Hampir setiap masa saya tekankan mahu bayaran penuh sebelum persembahan. Tetapi saya pula dimarahi semula dan mereka meminta saya nyanyi dahulu baru dapat bayaran.” kata Mael..

Lebih dramatik, bila maruah Mael dah dihina oleh salah seorang pihak penganjur terbabit.. Pihak penganjur tu campak duit kat lantai pada Mael di hadapan khalayak ramai.. Fuhh.. siapa yang tak panas kalau diri diperlakukan sampai macam tu sekali..

Semua persengketaan ini terjadi bila Mael tak datang pada waktu persembahan pembukaan.. Pastu kumpulan XPDC memulakan persembahan di atas pentas tanpa kehadiran Mael.. 



GC Tea

 

Menurut maklumat, sebenarnya Mael lambat datang pun kerana ada kematian salah seorang ahli keluarganya.. Inilah yang dikatakan nasib... Sabar je lah ye Mael..

Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan