Halaman

Sokerspot

Rabu, 17 Jun 2015

Apa sudah jadi Dollah Salleh??


HARIMAU Malaya menerima tamparan hebat dalam buruan kempen kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 apabila dimalukan Palestin, 0-6 dalam aksi kedua Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


Tiga gol di setiap babak diperoleh pelawat sudah pastinya mengundang kecaman peminat terhadap corak permainan skuad bimbingan Dollah Salleh yang tumpul di jentera serangan dan kerapuhan benteng begitu ketara.

Turun memburu kemenangan pertama di laman sendiri dengan melakukan lima pertukaran selepas sekadar seri 1-1 menentang Timor Leste, Khamis lalu ia nyata gagal menandingi kepantasan larian serta hantaran tepat anak didik Abdel Nassar Barakat.

Palestin tidak menunggu lama untuk meletakkan bola dalam gawang Malaysia, apabila pemain pertahanannya, Musab Battat menjaringkan gol pada minit kelapan sebelum penyerang berbisa pelawat Sameh Maraaba menggandakan kelebihan pada minit ke-21 dan gol ketiga terhasil ketika perlawanan berbaki empat minit ditamatkan pada separuh masa pertama melalui Tamer Seyam.

Sekalipun cuba bangkit selepas turut memperbeberapa peluang, ketumpulan jentera serangan dan keampuhan pertahanan Palestin menggagalkan segala-galanya. Malah, dua cubaan yang diperoleh penyerang, Afiq Azmi yang gagal diterjemahkan dengan jaringan nyata menghampakan penyokong Harimau Malaya.

Memasuki babak kedua, Palestin terus menambah jaringan menerusi pemain gantian Khader Abuhammad pada minit ke-62 dan selang 12 minit kemudian Sameh meledak gol kedua peribadinya dan kelima pasukan sebelum Seyam memastikan malam derita Harimau Malaya apabila menjaringkan gol keenam.

Sumber : Sinar Harian Online

http://galeriumar.blogspot.com/2015/06/gc-tea-teh-sekat-gula.html
http://galeriumar.blogspot.com/2015/06/gc-tea-teh-sekat-gula.html


Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan