
TMJ meminta maaf kepada penyokongnya
yang berhimpun di hadapan pintu Istana Bukit Serene petang tadi kerana tidak
dapat bercakap banyak kerana khuatir ia bakal membangkitkan kemarahan pihak
lain.
“Terima kasih atas sokongan anda.
Saya tidak mahu bercakap banyak, kerana ada orang di Putrajaya yang mahu
membelasah saya,” katanya merujuk kepada kenyataan Nazri Aziz sebelum ini.
Sebelum itu, TMJ menerima sorakan
padu daripada orang ramai sebaik sahaja muncul di khalayak umum.
Kira-kira 1,500 warga Johor yang
hadir melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebaik sahaja TMJ bersama isteri dan
adik-beradiknya, keluar untuk bertemu orang ramai.
Sumber : ekeleh.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan