Halaman

Sokerspot

Ahad, 12 Julai 2015

Aku Milik SuamiKu & Suamiku Milik Ibunya


Perempuan harus menyedari bahawa lelakii setelah berkahwin, memiliki dua cinta. Iaitu cinta dia sebagai anak kepada ibunya dan cinta dia sebagai suami kepada isterinya.

Kesedaran ini akan membuat perempuan bijaksana menempatkan diri. Dia akan menjadi isteri yang sabar kepada suaminya dan menjadi menantu yang jauh lebih sabar kepada ibu mertuanya.

Dan yang menjadi catatan penting seorang isteri ketika dia memiliki perbezaan pandangan dengan ibu mertuanya kewajiban seorang isteri adalah banyak mengalah dan bersabar. Kerana kesabaran adalah salah satu tanda yang disematkan kepada perempuan-perempuan solehah yang menjaga mistqan ghazila, ikatan suci yang diatasnya diletakkan tangan para malaikat.

Dan fahami juga oleh perempuan bernama mertua bahawa ketika anak memutuskan untuk berkahwin, anak kita memiliki dua amanah besar dalam hidupnya iaitu amanah dia sebagai anak kepadamu dan sebagai pemimpin bagi isetri dan anak-anaknya.

Jangan diperberatkan amanahnya dengan sikap mengatur segala urusan anak kita seperti ketika ia bayi, biarkan dia membina rumah tangganya bersama wanita pilihannya

# Sumber




Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan