Halaman

Sokerspot

Isnin, 13 Julai 2015

TMJ letak jawatan sebagai Presiden PBNJ


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), jam 5 petang tadi.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya melalui satu kenyataan akaun JOHOR Southern Tigers dalam Facebook .

Beliau berkata, jawatan Tunku Ismail itu akan diganti dengan Datuk Ismail Karim yang sebelum ini merupakan Setiausaha Kerajaan Johor.

"Bagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.

"Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan," kata Mohd Fahmy.

Berikut kenyataan penuh dikeluarkan: Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi.

Untuk makluman semua, YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan. Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan. Sekian, terima kasih. Hidup Johor, demi Johor.

Mohd Fahmy Yahya, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Semalam Malaysiakini turut melaporkan bagaimana Tunku Ismail membuat kenyataan pedas terhadap presiden persatuan bola sepak tertentu di Malaysia yang didakwanya hanya tahu menabur janji.

Kata Tengku Mahkota Johor itu, ada sesetengah orang yang mentalitinya bijak dan "berasal dari negeri-negeri maju di Malaysia" sentiasa mencari peluang untuk menghina dan memperlekehkan JDT.

Untuk pihak itu, Tunku Ismail mengemukakan satu soalah: Apakah hala tuju dan perancangan pasukan mereka dalam masa lima tahun?

Beliau juga secara sinis menggunakan perumpamaan judul filem Lord of the Rings.

Semalam juga Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan hasrat melepaskan jawatannya jika skuad Harimau Malaya gagal layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019.

Namun tidak dapat dipastikan jika perkembangan kedua-dua kejadian itu memberi pengaruh kepada peletakan jawatan Tunku Ismail hari ini.
# Sumber



Kongsikan Artikel Ini Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan